Pelakon, Jasmin Hamid mengakui bahawa ramai yang berkenan dengan anak lelakinya, Ian Haziq setelah fotonya bersama anak lelakinya itu mendapat perhatian ramai.

Katanya, itu lumrah yang perlu ditempuhi olehnya dan juga anak-anaknya apabila ‘beribukan’ seorang pelakon.

“Itu lumrah. Saya bagitahu anak-anak saya, mereka kena faham tempias yang mereka harus hadapi kerana saya merupakan seorang pelakon.

“Dulu saya sorok mereka sebab masing-masing kecil lagi, tapi sekarang dah besar dan dah ada laman sosial media sendiri pun. Kadang-kadang dia (Ian) sendiri minta sebab dia memang minat perkara-perkara ini.

“Cuma satu saya pesan, hati-hati bila bertemu atau bercakap dengan orang sebab dia bawa nama saya juga,” katanya kepada MH.

IKLAN

Lepas ‘Tayang’ Anak, Ada Yang Offer Ian Haziq Berlakon, Tapi…

Jasmin berkata demikian ketika ditemui di preview drama 13 Khurafat di pawagam Mini P.Ramlee Finas, pada Jumaat.

Tambahnya lagi, sejak dia berkongsi foto-foto anaknya di Instagram, banyak tawaran yang diperolehi anaknya.

IKLAN

“Sejujurnya, ramai yang bagi tawaran tapi dia baru nak ambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) jadi saya minta dia sabar dahulu. Memang ramai yang terkejut sebab ingatkan dia dah kolej tapi bukan.

“Jadi saya minta dia habiskan dahulu SPM dan selepas itu saya sendiri yang akan telefon. Saya tak akan halang kalau dia nak jadi artis tapi saya cakap pada dia, nak jadi artis, jadilah artis yang berilmu.

“Sebab saya sendiri jaga nama saya dalam industri, saya tidak mahulah disebabkan kesilapan anak akan merosakkan semua. Ini yang saya pegang sampai hari ini,” katanya lagi.

IKLAN

Sebelum ini, anak lelakinya mencetuskan sensasi di kalangan pengguna media sosial apabila dikatakan memiliki wajah kacak.

Dalam perkembangan lain, Jasmin kini terlibat dalam drama 13 Khurafat melakonkan watak sebagai Dukun. Turut sama berlakon adalah Azhan Hani, Syafie Naswip, Eyra Hazali, Mimi Ernida, Liza Abdullah dan ramai lagi.

13 Khurafat bakal menemui penonton pada 17 Oktober nanti, jam 11 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Foto/Instagram: Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI