Ads

“Lepas Ni Saya Akan All Out Untuk…,” – Datin Alyah

Penyanyi, Datin Alyah mengakui akan memberi lebih perhatian terhadap perkembangan single terbarunya, Jutaan Purnama selepas ini.

Kata Alyah, meski lagu tersebut sudah pun sepenuhnya beberapa bulan lalu, namun rangka promosi terhadap lagu berkenaan hanya akan berjalan sejurus sambutan raya tahun ini.

Ads

“Saya sedar, ramai yang sudah bertanya mengenai lagu tersebut, malah sudah ada yang boleh dengarkannya menerusi media sosial. Bagaimanapun, banyak yang perlu saya tunggu untuk promosi Jutaaan Purnama.

 

Antaranya kerjasama dengan label muzik selain merakam kembali muzik video,”akuinya kepada MH.

Kata Alyah, sebelum ini proses penggambaran video muzik untuk lagu terbabit sudah pun siap, namun ia terpaksa dilakukan semula demi menjamin kualitinya mencapai standard seperti mana muzik videonya yang lain.

Ads

“Sebelum ini saya pernah fikir untuk lakukan proses penggambaran muzik video dalam skala yang lebih kecil, tetapi rasanya ia agak tidak sesuai dengan diri saya. Jadi kami ambil keputusan untuk reshoot kembali dan insyaAllah peminat akan dapat tontonnya selepas raya ini.

 

“Kalau nak diikutkan, perancangan untuk promosi itu mahu dilakukan lebih awal. Namun rasanya lebih baik beri laluan pada sambutan Syawal terlebih dahulu. Lepas ni saya akan all out untuknya,” kata bintang asal Gelang Patah, Johor ini yang meraikan Aidilfitiri di ibu kota sahaja.

Sebelum ini, isteri kepada Datuk Ramli MS ini juga cukup sinonim menerusi lagu-lagu berentak balada yang sukses seperti Tak Mungkin Kerna Sayang, Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.

Ads

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tanggungjawab Anak Lelaki Tak Pernah Putus,” – Nubhan Dedikasi Lagu ‘Niat...

Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mendedahkan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Berpisah’ yang disampaikannya pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 12 (GV12), Ahad lalu sebenarnya didedikasikan khas buat ibu tercinta.
error: Hello. Cannot.