“Lepas Ni Kita Bela Ikan Dolphin,” – Aidil Aziz

Share

Berkongsi memori indah ketika bercuti di Phuket, Thailand, pelakon Aidil Aziz ada memuat naik rakaman video ketika dia sekeluarga bermesra dan menunggang ikan lumba-lumba.

Suami kepada Fasha Sandha itu dilihat membawa bersama Jemaima turun ke kolam untuk menerokai pengalaman istimewa di mana kedua-duanya dibawa berenang oleh haiwan comel tersebut.

It was a good experienced. Sangat jinak dan manja. Lepas ni kita bela ikan dolphin ye sayang @fashasandha?”

tulis Aidil.

Seronok melihat hubungan istimewa yang terjalin antara kedua beranak ini. Malah Aidil dilihat cukup bijak mengambil hati anak-anak.

Semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke syurga.

Foto : Instagram Aidil Aziz

IKLAN