“Lepas Ni Datang Berempat Pula,”- Hampar Doa Depan Kaabah, Saharul Ridzwan Berhajat Mahu Anak Perempuan

Share

Pelakon Saharul Ridzwan kini sedang mengerjakan umrah bersama isterinya, Qabilaa Deena Emir dan anaknnya, Muhammad Luth Ali.

Di kesempatan itu, pelakon Selafaz Cinta itu juga telah berkongsi gambar potret keluarganya di akaun Instagramnya.

“2018. Bertiga depan Kaabah. Mintak2 lagi sekali datang berempat dah dengan anak perempuan..Amin,” tulisnya. 

Lalu, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan Saharul sekeluarga.

Saharul dan isteri telah berangkat ke tanah suci itu pada Khamis lalu.

Apa-apa pun, MH doakan agar Saharul dan isteri mendapat doa yang mabrur di Kota Mekkah.

IKLAN