“Lepas Ni Berjaga Malam Balik Lah,”- Lagi Sebulan, Nabil-Zira Sabar Tunggu Detik Kelahiran Anak Ketiga

Share

Pengacara Nabil Ahmad dan isteri Nazirah Ayub sabar menanti detik menimang cahaya mata ketiga mereka, tidak lama lagi.

Momen indah itu dikongsikan pengacara MeleTOP di Instagrammya.

“One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni. Lepasni, berjaga malam balik la kita yea..

“Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo. Sape lagi bulan 4, ? sikit!!,” tulisnya. 

Untuk rekod,Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Dalam perkembangan lain, Nabil menggalas tanggungjawab selaku pengacara Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang akan bergandingan dengan Neelofa dan Jihan pada 21 April depan. 

Foto:IG Nabil 

IKLAN