Penyanyi dan salah seorang mentor menerusi program Mentor Otai, Siti Sarah mengakui tiada tiada sebarang hak untuk menghakimi atau memberi pandangan terhadap segelintir wanita yang suka merampas kebahagiaan orang lain.

Katanya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan ketentuan yang sudah menjadi aturanNya.

“Saya tak mahu beri komen mengenai wanita yang sedemikian kerana saya pun tiada hak untuk menentukan kisah hidup orang lain. Saya tak boleh cakap apa pun mengenai perempuan yang suka merampas kerana saya tidak berada ‘di dalam kasut dia’. 

 

“Kita tidak tahu apa yang dilaluinya. Malah saya tak boleh nak cakap lebih andai suatu hari, Allah SWT bagi situasi sama dengan saya. Jadi apa yang saya nak buat,” kata Sarah kepada MH.

“Lepas Che Ta Dah Koyak Mulut, Tasya Nak Cabutkan Pula Gigi Dia!” – ‘Warning’ Sarah Kepada Perampas Laki Orang!

Menyifatkan apa yang berlaku adalah hal privasi masing-masing, penyanyi Kesetiaan ini juga mengakui siapalah kita sebagai manusia untuk menolak takdir.

Ads

“Setiap yang berlaku dalam hidup kita sama ada baik atau buruk, itu semua Dia yang tentukan,” kongsinya jujur.

Bagaimanapun, Sarah turut terhibur dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan di MH baru-baru ini yang memberi amaran mahu koyak mulut wanita yang ingin merampas suaminya, Zain Saidin.

“Lepas Che Ta dan koyak, Tasya (panggilan Sarah buat dirinya di kalangan rakan media) cabutkan gigi dia! Ini sambungan kepada Che Ta.

“Lepas Che Ta Dah Koyak Mulut, Tasya Nak Cabutkan Pula Gigi Dia!” – ‘Warning’ Sarah Kepada Perampas Laki Orang!

“Lepas dah cabut gigi…Adalah!,” seloroh Sarah yang bakal bersaing melibat persembahan dua protogenya, Alina dan Ayie dalam rancangan Mentor Otai, malam ini jam 9.00 malam.

Ads

Selain Sarah, tiga mentor lain yang turut terlibat dalam edisi kali ini ialah Zarul, Tam dan Misha Omar.

Foto: Instagram Sarah

Ads

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI