Lengkap Sepasang! “Walau Kepala Terkehel Tadi Sebab Bini Aku Tarik…,” – Tak Sampai 1 Jam Dalam Labour Room, Isteri Tajul Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Share

Penyanyi, Tajul ada berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya, Nurul Shamieza Eddie telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka oada petang Khamis di sebuah pusat perubatan swata di Kajang, Selangor.

Jelas Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari, bayi lelaki seberat 3 Kilogram itu berjaya dilahirkan secara normal dan hanya memakan masa kurang dari 1 jam.

Katanya lagi, dia juga berasa sangat bersyukur kerana kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah, berkat doa korang smua. Tak smpai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife Tajul dah selamat bersalin dgn normal.

“Berat anak 3kg, baby boy sepasang dah dapat. Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat.

“Nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi. Nama baby nanti tajul akan umumkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tajul turut memberi tahu, sewaktu isterinya itu sedang meneran, lehernya dikatakan hampir tekehel kerana ditarik dengan begitu kuat.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sedalam-Dalam Rindu itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Tajul turut menitipkan ucapakan terima kasihnya kepada pihak hospital terutamanya kepada doktor dan jururawat yang telah bertungkus lumus merawat isteri ketika proses melahirkan.

“Terima kasih banyak @kpmckajangplaza bagi service paling terbaikkkkkk kat kami dan bilik VIP yg sangat selesa , dan doctor / nurse / staff banyak membantu Tajul.

“Memang recommend kat korg untuk deliver anak di @kpmckajangplaza Dan tk lupa juga kepada Datuk hj Saroni hj judi, ketua pegawai eksekutif, KPMC Kajang. Trima kasih atas bantuan beliau terhadap kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Tajul dan juga isteri.

Terdahulu, Tajul dan Shamieza telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 10 Disember 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini terlebih dahulu telah dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Adriana Carisa.

Sumber: Instagram Tajul

IKLAN