Lengkap Sepasang, Mawar Rashid Bakal Timang Baby Girl! – “Permudahkanlah Isteriku Supaya Mudah Bersalin Ya Allah.”

Share

Pelakon dan ahli perniagaan, Mawar Rashid mengumumkan bakal bersalin anak perempuan tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan finalis Dewi Remaja 2015 ini menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi YouTube, hari ini.

Dijangka bakal melahirkan zuriat keduanya pertengahan bulan hadapan, video majlis Baby Gender Reveal Mawar yang diadakan di The Penthouse, KLCC itu turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekatnya dan suami, Raf Yaakob.

“Ya Allah, Kau permudahkanlah isterku supaya mudah bersalin Ya Allah.

“Dan kau kurniakanlah bayi dalam kandungan ini Ya Allah, kandungan yang sihat, sempurna akal, mental dan fizikalnya,” titipan doa yang dibaca Raff buat isteri dan anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

Terdahulu, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Raf sebelum ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Foto: Instagram, YouTube Mawar Rashid  

IKLAN