Beberapa hari lalu, sekeping foto keluarga pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi tular di laman sosial. Ini gara-gara kelibat ‘lembaga hitam’ yang menjelma di belakang anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Di laman instagram , Che Ta telah berkongsi gambar percutiannya khas buat para peminat yang sedang bercuti di The Shorea bersama adik beradik yang lain.

‘Lembaga Hitam’ Di sebelah Aaisyah Jadi Tanda Tanya

Kesemua ahli keluarga di lihat ada bersama termasuk suaminya Zain Saidin, anak-anak lelakinya Ammar dan Aniq dan juga sudah tentu Aaisyah.

Tenyata percutian Che ta kali ini sangat meriah kerana turut disertai adik beradiknya yang lain termasuk Ayu Raudhah dan keluarga.

‘Lembaga Hitam’ Di sebelah Aaisyah Jadi Tanda Tanya

IKLAN

Namun, ada satu gambar yang dimuat naik Che Ta di instagram miliknya menjadi tumpuan para pengikut. Gambar tersebut merupakan gambar Che Ta sekeluarga bergambar bersama dan Zain Saidin sedang mendukung Aaisyah.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya ialah kelihatan seperti ada satu kelibat lembaga hitam di sebelah Aaisyah Dhia Rana.

‘Lembaga Hitam’ Di sebelah Aaisyah Jadi Tanda Tanya

IKLAN

Jika dilihat dengan teliti lembaga itu turut mempunyai tangan kecil tanpa kepala.

Ramai peminat yang bertanya apakah “benda hitam” yang kelihatan di sebelah puteri kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu.

Jika diteliti, berdasarkan rancangan Little Princess, Aaisyah Dhia Rana mempunyai anak patung orang. Mungkinkah anak patung itu dipakaikan dengan baju berwarna hitam?

IKLAN

Oleh itu, kelihatan seperti lembaga hitam, walhal itu mungkin hanya anak patung sahaja.

Walaupun banyak yang bertanya di ruangan komen, sehingga kini Rozita Che Wan tiada membalas jawapan tentang hal ini.

‘Lembaga Hitam’ Di sebelah Aaisyah Jadi Tanda Tanya

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI