Categories: Berita

“Lelaki Yang Bitter Ni Semua Miskin,”- Pertahankan Intan Najuwa, Fatin Afeefa Dilabel Kaki Kikis

Share

Seperti yang sedia maklum, pelakon Intan Najuwa baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini mendapat kritikan netizen.

Malah ada yang memberikan komen yang berbaur negatif terhadap pertunangan Intan bersama jejaka tersebut kerana didakwa bertunanh kerana duit.

Namun, hal tersebut dinafikan Intan dan dia sendiri sudah memberikan penjelasan.

Lalu, rakan pelakon Fatin Afeefa telah meluahkan rasa pendapat terhadap netizen yang memberikan kritikan kepada Intan.

“Lelaki yang bitter ni semua miskin,” tulis Fatin menerusi akaun Twitter miliknya.
https://twitter.com/FatinAfeefa/status/1163672985573609472?ref_src=twsrc%5Etfw

Akan tetapi, perkongsian bintang filem Tentang Bulan ini turut mendapat reaksi.

Bintang yang baru saja menerusi single Satu Jam Saja ini turut dilabel mata duitan gara-gara memberikan pendapat sedemikian.

Alahai netizen pun, tidak baik untuk kita berkata yang tidak dan menuduh seseorang tanpa usul periksa perkara yang sebenar.

Alangkah baiknya kita mendoakan agar semua urusan Intan dipermudahkan.

Foto : Twitter Fatin Afeefa, Instagram Intan Najuwa

IKLAN