Pelakon Aishah Azman tidak mahu keluarganya turut dikaitkan dengan permasalahan yang terjadi antaranya bersama dan bekas tunang, Syafie Naswip.
Malah ujar Aishah, apa yang berlaku sebelumnya hanya di antara mereka berdua dan keluarga tiada kena-mengena.
“Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini. Semua yang terjadi antara saya dengan dia sahaja, tak ada kena mengena dengan keluarga saya.
“Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya terjadi,” jelas Aishah.
Terdahulu, bintang muda ini ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara, pada Rabu.
Tidak mahu melihat ke belakang, Aishah kini optimis untuk hanya beri fokus kepada kerjaya selepas terpalit dengan kisah sensasi melibatkan dirinya, bulan lalu.
“Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya lebih selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya mahu fokus kepada bidang hiburan, ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala,” katanya lagi.
Bagaimanapun, temu bual bersama Aishah terhenti selepas tangannya ditarik si abang, pelakon Afiq Muiz yang turut berada di sisi Aishah ketika sesi berlangsung.
Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas didakwa telah mengasari bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya agar memutuskan hubungan songsang bersama kenalan, 26 Jun lalu.
Lalu serentak dengan laporan tersebut, netizen mulai membuat spekulasi dengan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan memandangkan pelakon filem Mukhsin itu baru saja putus tunang dengan Aishah.
Sekadar imbasan, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk putus.
Foto: Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah yang cukup menyayat hati apabila hanya kerana sebatang jari seperti yang didakwa suspek, seorang lelaki kehilangan nyawa buat selamanya.
Kisah yang berlaku itu nyata mendapat perhatian ramai, termasuk golongan selebriti.
Suami kepada aktres dan hos, Fouziah Gous misalnya, Zhafran Md Yusof menerusi Instagram menukil sebuah kisah tragis yang bermula dari hanya satu kesalahan kecil.
Tulisnya, sekiranya kedua-dua teruskan pemanduan dan hanya menyimpan amarah dalam diri, tiada apa yang perlu dirisaukan.
“Terus memandu. Mungkin kita semua sudah membawa mengenai arwah Syed Muhammad Danial dan Mr Yew Wei Liang.
Kedua-duanya memandu seperti hari biasa. Allahyarham Syed mempunyai seorang isteri dan anak perempuan yang menunggu kepulangannya di rumah sewaktu dia keluar dan memandu sehari sebelum Aidiladha.
Ye Wei Liang dan isteri sedang menuju ke Seremban. Ia hanya hari biasa. Tapi nampaknya, bukan.
Satu kemalangan kecil. Ia hanya satu kejadian malang. Dan emosi menguasai keadaan. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Tapi. Kita tahu kedua-dua kereta sepatutnya sampai ke rumah dengan selamat. Tiada kemalangan besar terjadi.
Pemandu sepatutnya terus berlalu pergi.
Tapi, tidak. And kerana itu, seorang lelaki mati. Dia meninggal dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dan seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah. Seluruh negara menonton, dia kini seorang sasaran politik. Papan catur undang-undang kini dibuka.
Yew Wei Liang sepatutnya boleh terus memandu. Nikmati makan malam dan tidur di atas katil empuk.
“Namun. Dia kini di dalam penjara. Dia penyebab kematian seorang lelaki.Kenapa?
Kerana lelaki itu mengangkat jari tengah terhadapnya dan membuatkannya marah?Itu kata Yew Wei Liang. Dan terdapat video bertebaran mengatakan hal ini. Satu jari.
Itu yang diperlukan. Dan kini hidup berubah selamanya. Seorang anak hilang bapa.
Isteri hilang suami. Suami dan isteri kini di dalam penjara.
Mungkin ada anak-anak yang kini sedang merindui ibu bapa yang sedang dipenjarakan. Semuanya…kerana satu jari,” kongsi Zhaf panjang lebar.
Pada masa sama, dia turut memberi pesan kepada semua agar menyerahkan kesulitan yang berlaku di jalan raya kepada pihal berkuasa.
“Sahabat. Tolong. Pandu ke mana sahaja. Teruskan memandu. Pandu ke pejabat. Ke rumah. Apa-apa pun, teruskan memandu. Jangan biarkan sesiapa halang anda di jalan raya.
Biarkan mereka. Jika mereka mengejar, cari balai polis berdekatan. Pandu ke sana.
Jangan berhenti. Ia tidak akan berakhir dengan baik. Untuk semua. Tidak akan berlaku,” kongsinya.
Terdahulu pemandu kereta Axia, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia di Hospital Nilai ketika mendapatkan rawatan selepas dia terlibat dengan perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Foto : Instagram Zhaf Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial yang juga hos My Doctors, Dr Say Shazril seperti biasa ada berkongsi topik menarik mengenai hal berkait ibu bapa dan anak.
Terkini menerusi Instagramnya, bapa kepada seorang cahaya mata ini ada mengutarakan mengenai isu kebanyakan orang suka menghukum cara ibu bersalin caesarean.
Kononnya mereka tak tahan sakit dan tak terhapus dosa. Walhal tujuan utamanya ialah menyelamatkan nyawa bayi yang sedang lemas. Ada sesetengah yang beranggapan kaedah bersalin secara pembedahan dipandang ‘lain’ bagi sesetengah pihak.
Jadi, apa yang penting ialah mentaliti perlu diubah dan tidak terus menghukum. Periksa dulu punca ibu dibedah kerana kebanyakan kes caesarean adalah bagi menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi.
Dr Say turut memaklumkan, isterinya Dr Azura Abas melahirkan anak mereka, Aezril melalui pembedahan walau pun pada awalnya telah mencuba untuk bersalin normal.
Dalam situasi cemas bayi lemas (fetal distress), pembedahan caesarean adalah cara yang terbaik.
“Topik; Bersalin Ikut Tingkap”. Setel cerita susu, satu lg isu yg masih dipandang jelik msyrkt adlh jika seseorang ibu itu bersalin ikut tingkap (pembedahan/ caesarean).
“Masih sy ingt bile org tny bini “bersalin normal ke?” pastu bile bini jawab “bersalin caesar” terus bini dpt satu pandangan ibarat “habisla xterhapus dosa ko sb xmrasa kesakitan contraction, hilang nikmat hidup sb ko xbersalin normal“. Tanpa menanyakan ape sb bini cesar diorg terus ade mindset yg bini bedah sb manja tak mampu tahan sakit.
“Ingat bini sy sewenang2nya nak bersalin ikut tingkap ka? Ingat bini manja xmampu tahan sakit, pdhl dia pnah sebulan warded in pain akibat doctor lmbt diagnose dia ada appendicitis yg akhirnya pecah & bernanah hinggakan dia operation belah perut besar2an.
“Ingat bini yg belajar as doctor ni xtahu cara2 nk meneran yakni jgn angkut punggung, jgn menjerit, focuskan pernfasan kpd peneranan ka? Ingat bersalin ikut tingkap ni aman damai x terseksa ka cz lepas pembedahan recovery lagi rumit kalau xjaga lklok jahitan pd luka bley terbukak/ bernanah blum lg kalau terbersin, pedih die smpi berair mata bini menanggung.
“Kpd yg baru follow sy, bini sy bersalin caesar akibat baby lemas (fetal distress) semasa sedang meneran maka persoalan sy, patutkah bini sy teruskan meneran yg mungkin memudaratkan nyawa bayi atau patutkah keselamatan bayi diutamakan dgn cepat2 mengeluarkan dia melalui pembedahan?
“Segala yg berlaku bukan pilihan kami, kami terpaksa memilih caesar demi menyelamatkan nyawa baby. Tanya la mane2 ibu, siape yg ximpikan bersalin normal, jadi tak adil jika kita terus menghukum wanita yg terpaksa bersalin bedah ni.
“Cukup2 la dgn mentaliti kebelakang ni peeps nk masuk 2020 dh tp kalau pemikiran ibarat 1920 berat nanang bohhh,” tulisnya panjang lebar.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan keduanya menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.
Foto: Instagram Dr Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...