Penampilan seseorang itu kadang kala tidak mencerminkan siapa dirinya yang sebenar walaupun seseorang itu dilihat orang mungkin negatif, tiada siapa tahu mungkin tersimpan seribu rahsia.

Mungkin ramai yang memandang negatif dengan penampilannya tetapi sesuatu yang luar biasa telah berlaku yang membuktikan dirinya adalah antara yang terbaik di kalangan kita.

Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda Indonesia bernama Sofyan Alop apabila video dirinya sedang menjadi imam solat menjadi tular media sosial.

Difahamkan lagi, pemuda berambut ‘dreadlock’ itu sedang mengimamkan solat Maghrib di sebuah surau di Jakarta, Indonesia.

Dalam video tersebut, netizen berasa amat terkejut dengan kelunakan serta kemerduan suara pemuda itu membaca ayat suci al-Quran.

IKLAN

Hanya mahu dikenali sebagai Sofyan Alop, video itu dirakam ketika dia sedang membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Jumu’ah.

Sofyan tidak menyangka dirinya dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Malah dia juga terkejut video tersebut menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 2 minit itu kemudian menjadi hangat diperkatakan di kalangan netizen kerana perwatakan pemuda tersebut kelihatan sangat kontra dengan penampilan dirinya yang tidak ubah seperti penyanyi reggae.

IKLAN

Rata-rata netizen berasa amat teruja apabila mendegar kemerduan suara pemuda itu mengalukan bacaan ayat suci al-Quran disamping rasa janggal melihat rambutnya pula.

Menerusi video perkongsian seorang individu di Facebook itu, sebanyak 63 ribu tontonan, 1155 perkongsian.

Lihat video Sofyan berikut ini:

IKLAN

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI