“Lelaki Kelakar Lagi Bagus Dari Lelaki Handsome,” – Sheila Rusly

Share

Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut kelihatan Sheila sedang bergambar bersama rakan pelakon, Ayda Jebat dan Ozlynn.

Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ada meluahkan pendapat bersama peminat.

“Kitaorang setuju lelaki kelakar lagi bagus dari lelaki handsome. At least boleh gak buat kitaorg gelak dari lelaki handsome tapi menyakitkan hati buat apa.

“@jozlynnhanania @aydajebat @syazara_aisha #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Sekadar informasi, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Foto: Instagram Sheila Rusly

IKLAN