Walaupun Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang diadakan Jumaat lalu sudah berlalu, namun, kemeriahan masih lagi dapat dirasai.
Manakan tidak, fungsinya bukan sahaja untuk mengiktiraf bakat pelakon tanah air, malah, menjadi tempat untuk jemputannya memperagakan busana indah dan fesyen yang unik untuk tatapan peminat.
Bercerita mengenai busana fesyen, MH Online tertarik kepada seorang lelaki dengan imej bertopeng hitam yang berjalan di karpet merah. Lelaki itu turut menjadi tumpuan lensa kamera pada malam tersebut.
Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa dan apa tujuan dia memakai topeng hitam seperti itu.
Rupa-rupanya, lelaki di sebalik imej topeng hitam tersebut digayakan oleh pelakon baru iaitu Adam Shadan yang mula dikenali menerusi drama hangat, Titian Cinta.
Memetik laporan sebuah portal online, Adam memilih fesyen itu kerana mahu mencari kelainan dan berasakan gaya tersebut bersesuaian dengan tema ‘glamor’.
Adam atau nama sebenar Mohamad Shahaadan Che Seman juga berkata dia baru sahaja selesai melakukan penggambaran drama dan mukanya ada sedikit kesan kulit terbakar (sunburn) dan disebabkan itu juga dia memilih untuk memakai topeng muka.
Dalam masa sama, ada juga yang mengutuk penampilannya yang kelihatan sedikit melampau dan mendakwa pelakon baru itu sebagai ‘over’.
Namun, dia tidak terkesan dengan kritikan dan komen negatif netizen. Malah, dia menerima segalanya dengan hati terbuka.
“Biarlah orang nak kata apa pun. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang” katanya.
Okay, jom MH Online kongsikan beberapa wajah Adam tanpa topeng :
Sumber : mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI