Lebih Seminggu Berkahwin, Pelakon Aman Nassim Maklumkan Bapa Meninggal Dunia Petang Tadi

Share

Pelakon Aman Nassim sebentar tadi memaklumkan berita duka apabila bapanya, Nassim Harron telah pun pergi mengadap Illahi sekitar jam 6.36 petang tadi.

Menerusi Instagram, bintang berkenaan turut mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Perkhabaran tersebut dikongsi Aman menerusi Instagram, sebentar tadi.

“Al Fatihah… Abah saya Hj Nassim bin Haroon baru saja meninggal dunia pada jam 6.35pm.

“Moga arwah ditmptkn bersama org2 beriman. Doakn abah saya yer,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Aman baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Nor Baizura Abdul Ghani di kediaman pengantin perempuan di Batu 10, Kampung Melaka, Cheras, minggu lalu.

Pelakon yang turut bergelar penyanyi berusia 30 tahun itu turut berkongsi sekeping foto yang sedang erat memegang tangan arwah bapa sehari lalu.

Alfatihah dan salam takziah buat Aman sekeluarga.

Foto: Instagram Aman Nassim

IKLAN