Lebih Sedekad Ceburi Bidang Bisnes, DSV Akui Banyak Cabaran – “Bukan Hal Yang Mudah, Tak Semuanya Indah.”

Share

Usahawan dan selebriti popular Datuk Seri Vida akui bukan satu hal yang mudah untuk bergelar seorang usahawan berjaya.

Jelas Vida lagi menerusi perkongsian di Instagram, dunia perniagaan ini sememangnya sangat mencabar bagi dirinya setelah lebih sedekad menceburi bidang perniagaan.

“Lebih Sedekad Saya Berjuang. Bukan hal yang mudah, Tak semuanya indah.

“Sakit perit nak maintain dalam Business Nak membesarkan @cikb_havoc66 & @kacak_._ ,” tulisnya.

Selain itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman akui dirinya tidak mudah cepat mengalah dan berputus asa untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

“Menguruskan Empayar DSV Tapi saya bukan Jenis cepat mengalah.
Bukan jenis yang banyak alasan Saya Mesti Bangkit demi @pamogahq,” tulisnya lagi menerusi hantaran yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram DSV

IKLAN