Pasti ramai yang menyangka setiap artis di negara kita ini mempunyai gaya hidup yang mewah.

Namun tanpa kita sedari disebalik setiap apa yang kita lihat ada segelintir daripada artis-artis di Malaysia ini mempunyai masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam wang daripada ‘Ah Long’.

Menerusi satu sumber, pelakon, Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, terdapat lebih kurang 300 artis di negara ini sedang diburu oleh Ah Long yang memberikan pinjaman wang.

IKLAN

Zed Zaidi juga berkata, jumlah tersebut adalah berdasarkan jumlah aduan terkumpul yang diterima persatuan tersebut semenjak pertengahan tahun 2015 hingga 2017.

“Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela,” katanya.

Menurut Zed Zaidi, punca perkara ini terjadi adalah kerana sekarang ini terlalu ramai penggiat seni dan ini menjejaskan punca rezeki mereka.

IKLAN

“Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri?

 

“Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini,” katanya lagi.

Tambah Zed Zaidi lagi, untuk diterima dalam industri ini para artis harus menjadi serba boleh.

IKLAN

“Mereka perlu menjadi versatil dan multi-talented. Mereka perlu cuba pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu kepada satu.

 

“Mereka harus cuba menjadi penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara agar sumber pendapatan mereka bertambah,” tegasnya.

Dalam keadaan sekarang ini bagi MH bukan para artis sahaja yang mengadapi masalah pekerjaan malah ramai juga rakyat yang menghadapi masalah yang sama. Semoga semuanya dapat di atasi dengan kadar segera.

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI