“Lebih Indah Apabila Diberi Anugerah Melahirkan Zuriat. Wanita Juga Ibaratnya…,” – Begitu Kata Elly Mazlein

Share

Peranan yang dimainkan oleh wanita bukan calang-calang. Cuba pejamkan mata dan bayangkan, andainya dunia ini tanpa insan yang bernama WANITA? Mampukah lelaki memikul segala tanggungjawab yang selama ini digalas oleh wanita?

Lebih penting lagi, sanggupkah lelaki hidup tanpa pasangan? Aduhai, pasti dunia porak-peranda jadinya!

Lalu, Dunia Tanpa Wanita adalah satu kempen yang didedikasikan khas untuk insan-insan teristimewa ini, untuk menghargai sumbangan, peranan, jasa dan budi wanita. Ia pastinya suatu yang sangat bererti buat semua wanita.

Sesungguhnya bukan emas, intan bergunung yang didambakan sebagai ganjaran pengorbanan. Memadai dengan sedikit kejutan, ucapan malah ucapan TERIMA KASIH sudah mampu membuatkan mereka tersenyum.

Dengan #Terima Kasih Wanita, sepanjang bulan Mac ini ayuh kita semarakkan kempen ini demi meraikan insan-insan istimewa ini. Untuk kemuncak kempen ini, bawakan SHOWCASE AMAL RAIKAN WANITA yang akan berlangsung pada 30 Mac 2019 di Sime Darby Convection Centre.

Showcase ini mengajak anda berhibur sambil beramal. Duduk dan nikmati lawak jenaka daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskandar, Mark Adam, Zero, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi.

Anda juga bakal dihiburkan oleh penyanyi tersohor bersuara lunak, Dayang Nurfaizah yang pasti membekas di jiwa. Tak dilupakan Nabil sebagai pengacara majlis pada hari tersebut.

Sementara itu, penyanyi Elly Mazlein yang turut menjadi antara artis yang bakal membuat persembahan pada majlis berkenaan turut menyambut baik usaha murni ini yang sekali gus mampu meringankan beban insan memerlukan.

“Ini antara sumbangan kecil yang boleh saya salurkan. Semoga apa yang bakal dijalankan ini akan dipermudahkan, insyaAllah,” katanya kepada MH.

Sebagai seorang ibu tunggal, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini turut berharap agar wanita di luar sana terus cekal meski di dalam apa jua situasi.

“Indah menjadi seorang wanita. Malah lebih indah apabila kita diberi anugerah untuk melahirkan zuriat. Wanita juga ibaratnya seperti superwoman. Meski seharian penat melakukan itu dan ini, tetapi masih mampu melakukan kerja-kerja lainnya.

Misalnya di dalam soal menguruskan keluarga dan sebagainya. Bangga saya dengan wanita yang serba boleh,” jelasnya lagi.

Pastinya juga sebahagian daripada hasil jualan meja ini akan kami salurkan kepada wanita yang memerlukan. Dua rumah kebajikan iaitu RUMAH KITA dan RAUDATUL SAKINAH akan menerima sumbangan hasil jualan meja yang anda beli.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan ketinggalan untuk berhibur sambil beramal bersama kami pada 30 Mac 2019 depan di Sime Darby Convection Centre. Masih ada beberapa tempat duduk untuk ditempah!

IKLAN