Walaupun pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Shila Amzah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.
Namun begitu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 32, berkata dia akan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup selepas ini.
“Saya tidak serik kerana masih ada cinta untuk diberikan kepada yang selayaknya. Cuma saya tidak tahu bagaimana jodoh saya pada masa hadapan.
“Cuma saya akan lebih berhati-hati kerana saya bukan sendiri, tetapi ada anak bersama saya,” katanya.
Ibu kepada Seth Uwais ini juga berkata anaknya merupakan sumber kekuatannya untuk terus melangkah dalam menjalani kehidupan seharian.
Ads
Walaupun Seth masih belum memahami apa yang berlaku, namun Shila cuba menerapkan suasana positif agar tidak menganggu perkembangan anaknya yang semakin membesar.
“Sebagai ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk mewujudkan suasana yang positif. Walaupun anak saya belum memahami apa yang berlaku, saya mahu dia rasa semuanya masih sama.
“Saya bersyukur kerana dia melalui situasi ini (penceraian Shila) pada usia sekarang. Walaupun mungkin Seth akan bertanya juga suatu hari nanti, saya sudah lebih bersedia menjawabnya.
Ads
“Tidak dinafikan ada orang takut untuk melalui situasi sebegini (menjadi ibu tunggal), tetapi untuk saya, saya lebih kuat bila nampak wajah anak.
“Jadi saya akan cuba sorokkan apa sahaja perkara negatif atau kesedihan saya. Dahulu saya banyak mengutamakan orang lain, tetapi kini saya belajar untuk mengutamakan diri saya sendiri.
“Mungkin ada yang melihat saya mementingkan diri sendiri. Tetapi pada saya, untuk menjadi ibu yang terbaik, saya perlu utamakan diri dan jaga diri sendiri dulu,” katanya lagi.
Ads
Penyanyi lagu Patah Seribu ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah mewarnai dunia lakonan tempatan sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada.
Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 pernah memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.
Perkahwinannya sejak 21 Januari 2011 itu turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya mengerjakan umrah dan 21 Januari lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka.
“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan.
“Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah.
“Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.
“Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi lima permata hati.
Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Terbaru sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami membuka kafe makanan di Seremban. Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaianwanita mampu milik, byLR.
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.
Pemenangkategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi harta bernilai.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut menampilkan anak perempuannya sebagai model baju raya si cilik.
Kata Ayu lagi, dia dan jenama itu bertekad untuk mengeluarkan pakaian wanita contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.
“10000 helai pakaian itudisasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu.
Jenamadi bawah syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa.
“Dari zaman pandemik COVID-29 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival.Bukan semua senang. Tapi di saat negara sudah mula ‘terbuka’ membiasakan norma baharu dan kesempatan beraya tahun ini, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya.
“Sebab itu kami mahu puaskan keinginan wanita yang masih kekal berfesyen cantik dengan harga bukan kayangan. Golongan sasaran kami daripada gadis hinggalah wanita matang.
“Daripada pekerja kerajaan,swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti ini masan untuk anda kekal bergaya tanpaberfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya.
Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramainak.
“Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’,”katanya lagi.
Ayu berkata, dia diperkenalkan Nurhazlinda menerusi kakaknya, Rubitah Che Wan dan suami, Lan Pet Pet tahun lalu.
Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.
Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Didakwa berkongsi video sambil memaparkan duit berkepok menerusi perkongsian di media sosial, pelakon dan influencer, Aisar Khaled kini sedang ‘diintai’ pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi video terbaharunya, Aisar ada memuat naik video menunjukkan tips menyimpan duit serta cara untuk menjadi jutawan.
Menerusi video sama, pemuda berusia 22 tahun itu berkongsikan caranya membahagikan duit pada setiap bulan untuk dibelanjakan mengikut kategori seperti bil rumah, belanja barang dapur, maintanance kereta dan aktiviti membeli-belah.
Dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan, komen daripada pihak LHDN telah menarik minat netizen.
Selain video tersebut, netizen turut sangsi dengan perkongsian Aisar sebelum ini yang mendedahkan dia kini memiliki kediaman sendiri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Selain isu menayang duit, nama Aisar sebelum ini juga pernah hangat gara-gara pembaziran gel penyejuk badan yang direndam sehingga kembang.
Malah videonya menziarahi kubur penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang digunakan sebagai modal konten untuk saluran YouTube miliknya turut diperkatakan sebelum ini.
Aisar bagaimanapun memohon maaf atas khilaf yang telah berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nanti Detik Lahir Anak Sulung, Raja Ilya Tetap Aktif – “Selagi Boleh, Selagi Tu Kita Buat.”
Sedang meniti hari bergelar ibu, pelakon cantik Raja Ilya tetap isi masa hariannya dengan melakukan aktiviti riadah kegemaran, misalnya dengan menunggang skooter elektrik.
Baru-baru ini, Ilya atau nama lengkapnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkongsi rutin semasa menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon filem KL Vampires ini, dia mahu melakukan aktiviti lasak tersebut sebelum menjalani proses bersalin anak sulung tidak lama lagi.
“Mommy on the wheel. Lagi 1 month dah completely. Tak leh nk buat semua activity ni. So selagi boleh selagi tu kita buat … #scooter #rajailya,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, mengakui turut berasa gembira atas pertunangan bekas isterinya, Bella Astillah, bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.