
Pelakon, Adam Corrie menasihati para wanita di luar sana agar lebih bijak menilai keadaan dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi masalah bersama lelaki bukan mahram, termasuk daripada kalangan artis, influencer dan ustaz.
Menurut Adam, para wanita seharusnya mengutamakan individu terdekat berbanding memberikan sepenuh kepercayaan kepada orang luar untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan nasihat mengenai masalah yang sedang dihadapi.

“Jika cik-cik dan puan-puan yang sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM atau PM artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz lelaki untuk meluahkan perasaan dan masalah
“Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Jelas Adam lagi, terdapat segelintir individu di luar sana yang gemar mengambil kesempatan, terutamanya terhadap mereka yang sedang berdepan masalah emosi dan perasaan yang tidak menentu.

“Lebih baik kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai.
“Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku. Kita perlu lebih berhati-hati agar tidak timbul salah faham, niat yang tidak baik, atau perkara yang boleh membawa kepada situasi di luar kawalan.
“Orang ambil kesempatan pun ramai. Nasihat ini juga dituju khas untuk saya,” kongsinya lagi.

Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pandangan yang sama selain menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berkongsi masalah peribadi.
Berikut merupakan komen-komen netizen;
“Sangat setuju. Cerita dengan orang yang paling rapat dengan kitalah. Seperti saya, lebih selesa luahkan pada adik beradik perempuan. Dengan bff pun tak berani cerita sebab takut nanti dia bergosip pulak dengan kawan lain. Nanti habis semua orang tahau rahsia kita. Naya.”
“Betul. Bercerita kepada orang yang berlainan jantina sangat berbahaya zaman sekarang. Perempuan dengan perempuan pun ada yang tak boleh percaya. Apatah lagi yang berlainan jantina. Dunia sekarang makin menjadi-jadi. Kadang-kadang rasa susah nak percaya sesiapa walaupun family sendiri, kawan-kawan dan sebagainya.”
“Kepada ibu bapa juga, jadilah pendengar setia pada anak-anak. Jangan biarkan mereka mencari orang luar untuk berkongsi masalah. Nasihat untuk diri saya juga.”
“Setuju. Kalau depress, carilah bantuan daripada golongan professional. Dekat hospital ada psychiatrist dan psychologist semua.”
“Betul tu. Sikit-sikit nak meluah. Kalau ada masalah, solat meluah dekat Allah. Inshallah hati akan tenang.”
Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 2,000 tanda suka dan lebih 300 perkongsian semula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




