Lama rasanya MH tidak mendengar khabar berita mengenai Intan Liana Saleh yang juga merupakan bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude.

MH difahamkan bahawa rezeki Intan kini mencurah-curah apabila banyak tawaran ditawarkan kepadanya. Alhamdulillah.

Bagaimanapun, perkongsian Intan baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya menimbulkan sedikit persoalan kepada MH.

“Ada benda yang nak di’share’ tapi jadi salah, baiklah diam,rezeki. Sekarang rezeki begini, akan datang kita tak tahu. Jalan cerita bukan yang kita minta.

“Yang pasti hidup diteruskan dan cuba untuk melangkah, InsyaALLAH akan terus berusaha. Thank you, bonda sayang nyawa bonda,” tulisnya.

IKLAN

Tersentuh pula hati MH membaca luahan Intan itu, mungkin dia risau memikirkan masa depan dirinya dan juga anak-anak.

Dalam pada itu, netizen kebanyakkannya memberikan Intan kata-kata semangat kepadanya untuk terus tabah menjalani kehidupan.

‘Lebih Baik Diam’- Intan Liana Saleh Kongsi Luahan

IKLAN

‘Lebih Baik Diam’- Intan Liana Saleh Kongsi Luahan

‘Lebih Baik Diam’- Intan Liana Saleh Kongsi Luahan

IKLAN

‘Lebih Baik Diam’- Intan Liana Saleh Kongsi Luahan

Biasalah kadang-kadang sekuat mana pun seseorang itu, ada masa akan jadi lemah juga kan? MH doakan semoga Intan kekal tabah dan mendapat sedikit kekuatan daripada ucapan-ucapan netizen tersebut.

sumber: IG Intan Liana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI