Lebih Baik Dari 1000 Bulan, Fakhrul UNIC Kongsi Kenapa Allah SWT Rahsiakan Malam Lailatul Qadar… Rugi Kalau Tak Rebut!

Share

Malam Lailatul Qadar merupakan satu malam yang cukup istimewa dan dinanti umat Islam yang menjalani ibadah puasa tiap kali menjelang Ramadan.

Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, kita juga tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah pahala dan mendapat rahmat di malam tersebut.

Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Rahdi ada berkongsi cerita, mengapa Allah S.W.T merahsiakan malam Lailatulqadar di 10 malam terakhir di bulan puasa.

Lalu atas sebab itulah, dia menyarankan umat Islam berusaha untuk mendapatkan ganjaran pahala di malam Lailatulqadar.

“Kenala Allah rahsiakan bila malam al-qadar? Benda kalau dh exclusive atau special memang gitu.

“Siapa pulun dia dapat. tawaran dibuka pada semua.

“Nabi saw yg confirm syurga pun usaha cari lailatul qadar..kita belum confirm lagi patut usaha. moga Allah bantu kita.

“Nabi SAW suruh kita buru malam alqadar; carilah malam alqadar pada 10 malam terakhir di bulan ramadan.

“Nabi SAW bersungguh pada 10 malam terakhir. Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim],” tulisnya yang turut menitipkan riwayat dari Ibn Hibban.

Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala yang melimpah-ruah dan rahmat di malam berkenaan, insyaAllah.

IKLAN