Pelawak dan pengacara, Namie tampil memberikan penjelasan selepas seorang individu didakwa kurang senang dengan cara kumpulan Nanas yang menggabungkan elemen komedi dan ayat suci Al-Quran dalam setiap persembahan di Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5).

Menurut Namie, penggunaan ayat suci Al-Quran di awal persembahan bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya, tetapi ia membawa tujuan dan mesej positif yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation

“Saya tertarik untuk menjawab persoalan itu. Pada saya, itu adalah pendapatnya sendiri. Bagi kami pula, kami lebih memikirkan mengenai konteksnya.

“Kami tidak meletakkan ayat-ayat itu di tengah-tengah persembahan di antara lawak dan hiburan. Ada sebab kami letakkan ia di awal cerita.

“Pengajaran daripada setiap persembahan kami adalah berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis tersebut.

“Pada saya, teguran itu adalah pandangan peribadi. Kami pun tak kenal siapa beliau. Setiap teguran itu ada baik dan buruknya.

“Selagi mana kami berada di posisi yang betul, kami akan teruskan. Dekat mana lagi kami boleh sampaikan pengajaran seperti ini? Lebih baik ada daripada tiada,”katanya kepada MH.

Kumpulan Nanas ditemui selepas tamat persembahan minggu separuh akhir MLS5 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, pada Sabtu.

Ads

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation

Tiga Standing Ovation & Status ‘Standard Juara’

Pada malam tersebut, Nanas mencipta momen manis apabila kedua-dua persembahan mereka meraih tiga standing ovation daripada para juri.

Pelawak Achey mengakui tidak menjangka sambutan luar biasa itu, terutamanya apabila persembahan kedua berdepan masalah teknikal.

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation “Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation

“Alhamdulillah, kami pun tidak jangka akan mendapat tiga standing ovation untuk kedua-dua persembahan kami. Kami hanya mengikut perancangan dan latihan yang telah dibuat.

“Namun, mungkin ada yang tidak tahu, ketika persembahan kedua, kami berdepan masalah teknikal. Nasib baik semuanya okay dan orang tak nampak masalah itu.

Ads

“Kami gunakan ikatan persahabatan dan keserasian yang ada untuk menambah baik sketsa di atas pentas,” kongsinya.

Apabila ditanya tentang pujian juri yang menyifatkan persembahan separuh akhir itu sebagai standard juara, Nanas terharu dan kekal rendah hati.

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation “Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation

“Minggu-minggu sebelum ini, juri ada juga berkata sebegitu. Namun, kami melihatnya secara gentleman. Setiap minggu kami tetap mahu berikan yang terbaik meskipun ada potensi tersingkir.

“Mungkin ini adalah rezeki daripada Allah. Kami pun tak tahu jenaka kami ini mampu atau tidak buat orang terhibur. Kalau Allah kata jadi, jadilah dia.

Ads

“Kami juga terikat dengan tema. Jadi, kami kena bagi yang terbaik untuk tema tersebut. Menang adalah bonus. Kami hanya mahu persembahan kami dikenang,” kata Achey.

Setelah tujuh minggu bertanding, empat kumpulan kini melangkah ke pentas akhir MLS5 iaitu Nanas, Roda, Puteh dan Kimbab.

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation “Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation “Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation “Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation

Bagaimanapun, hasrat kumpulan Bahyim dan Lompat untuk mara ke malam penentuan terkubur selepas diumumkan tersingkir.

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing Ovation

“Lebih Baik Ada Daripada Tiada,” – Nanas Jawab Isu Teguran Ayat Suci Diselitkan Dalam Persembahan Lawak, Raih 3 Standing OvationJangan lupa saksikan pentas akhir MLS5, disiarkan secara langsung Sabtu ini, jam 9 malam di Astro Prima, Astro One dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Pelawak dan pengacara, Namie tampil memberikan penjelasan selepas seorang individu didakwa kurang senang dengan cara kumpulan Nanas yang menggabungkan elemen komedi dan ayat suci Al-Quran dalam setiap persembahan di Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) 🤔. Menurut Namie, penggunaan ayat suci Al-Quran di awal persembahan bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya, tetapi ia membawa tujuan dan mesej positif yang ingin disampaikan kepada penonton 👏🏻💪🏻. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads