“Layan Nasyid Dari Kecik Sampai Besar,” – Alif Satar Kongsi Foto Nyanyi Lagu Raihan Masa Budak

Share

Comelnya melihat Alif Satar menyanyikan nasyid sambil menggengam tangan bersama rakan-rakan sewaktu sekolah rendah.

Foto penuh memori yang dikongsi ibunya merupakan satu magis kerana penyanyi ini sedang menyampaikan lagu Raihan, kumpulan nasyid popular dahulu yang kini berkolaborasi dengan bersama menerusi lagu Sesungguhnya.

Semua orang layan nasyid dari kecik sampai besar.. ?time ni masuk competition nyanyi lagu Raihan. siapa dulu masuk pertandingan nasyid, kita geng!

???#AdikAdikRaihanp/s mum sent me this photo earlier, love u ma,” tulisnya.

Cukup menyentuh hati, isteri, Shadila turut meninggalkan komen menyatakan mahukan anak seperti Alif.

I want a son like you.”

Kasut sekolah pengacara popular ini turut menjadi perhatian.

Apa-apa pun, Alif Satar memang menjadi pujaan hati netizen.

Foto : Instagram Alif Satar

IKLAN