
Setiap kali musim perayaan menjelang, keutamaan tidak hanya tertumpu kepada juadah yang terhidang atau kunjungan yang diraikan semata-mata, tetapi juga sejauh mana masa berkualiti yang kita luangkan bersama keluarga tercinta.
Tahun ini, Astro sebagai peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia hadir menawarkan hiburan ‘all in’ yang lengkap serta berbaloi untuk dinikmati oleh seisi keluarga.
Astro One: Epic Pack, merupakan pakej hiburan yang direka khas untuk memenuhi citarasa setiap ahli keluarga.
Dengan harga bermula RM159.99 sebulan (RRP: RM199.99/sebulan), pelanggan kini boleh menikmati lebih 140 saluran premium bersama akses kepada 8 aplikasi penstriman popular, semuanya dalam satu pakej dan bil yang lebih mudah diurus.

Antara aplikasi yang disertakan termasuklah Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, BBC, beIN SPORTS CONNECT dan juga Astro GO.
Percaya atau tidak, kini anda boleh menikmati lapan platfrom penstriman hebat ini dengan harga yang jauh lebih jimat dan tidak memeningkan kepala setiap bulan.
Apa yang menjadikan Epic Pack ini benar-benar ‘epic’ adalah variasi kandungan yang ditawarkan.
Dari siaran langsung sukan antarabangsa untuk ayah di BeIN SPORTS CONNECT, drama trending Can This Love Be Translated? (Netflix) dan Made In Korea (Disney+) untuk ibu, animasi serta rancangan kanak-kanak, Hey Duggee (Cbeebies) untuk si kecil, hinggalah program masakan, Jamie’s Money Saving Meals (BBC Player), dokumentari dan berita terkini.


Seiring dengan musim perayaan, sama-sama isi masa dengan ahli keluarga dengan menonton barisan filem blockbuster yang turut ditawarkan seperti The Wrecking Crew (Prime Video) dan Tron: Ares (Disney+).
Bagi peminat drama Cina pula, anda boleh menyaksikan pelbagai karya-karya menarik di platform Iqiyi seperti The Unclouded Soul dan Love In Red Dust.

Lebih Praktikal, Lebih Jimat, Lebih Berbaloi
Astro tidak ketinggalan untuk menyajikan pelbagai program istimewa khusus buat pelanggan setia seperti Andai Itu Takdirnya 2, Astro Original: Bad Cop, Dapur Datuk Datuk dan perlawanan Liga Perdana Inggeris 2025/2026.

Senang cerita, semuanya tersedia dalam satu platform yang sama. Memang berbaloi!
Bukan itu sahaja, kemudahan mengakses pelbagai aplikasi penstriman dalam satu ekosistem memudahkan keluarga menikmati hiburan tanpa gangguan.
Hanya menggunakan satu platform, satu interface dan satu bil, segalanya lebih kemas dan praktikal.
Astro One: Epic Pack tampil sebagai pilihan ideal buat keluarga moden yang mahukan hiburan lengkap tanpa kompromi.
Sama ada untuk binge-watch drama kegemaran, layan live sports hujung minggu atau movie night bersama anak-anak, semuanya ada dalam satu pakej.
Jom sama-sama kita meraikan kebersamaan dengan lebih bermakna, apatah lagi pada musim perayaan tahun ini agar menjadi lebih bermakna.
Tawaran adalah untuk masa terhad sehingga 30 April 2026. Langgan Astro One: Epic Pack sekarang dan nikmati pengalaman hiburan paling lengkap untuk seisi keluarga.
Layari astro.com.my atau ke mana-mana cawangan Astro untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




