Pelakon dan pelawak, Zizan Razak bersimpati dengan nasib yang menimpa rakan artis, Kaka Azraff apabila kontraknya bersama syarikat rakaman telah ditamatkan kerana lantang bersuara mengenai konflik yang berlaku di Palestin.
Menurut Zizan, dia memuji usaha Kaka dan percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Saya mengambil maklum tentang apa yang berlaku kepada Kaka tapi tidak secara terperinci. Bila dia diperlakukan sebegitu, saya juga kesiankan dia.
“Namun, rezeki milik Allah. Sebagai orang Islam, kita sedih bila umat Islam di Palestin diperlakukan dengan kejam.
“Bila Kaka memilih untuk melantangkan pendapatnya, itu hak dia,” katanya kepada MH.
Zizan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia musim ke-4 (TMSM4) yang berlangsung di Vivatel, Cheras pada Rabu.
Ads
Bagaimanapun, Zizan berpandangan semua pihak bebas untuk bersuara namun harus berfikir juga mengenai impak yang bakal ditanggung.
“Pada saya, strategi itu ditangan kita. Kalau kita nak perjuangankan sesuatu di dalam ‘rumah’ orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita harus berjaga-jaga.
“Kita harus berfikir sama ada perlu lantang atau tidak. Kalau di ‘rumah’ atau platform kita sendiri, kita bebas bercakap. Jangan sampai merosakkan kerjaya kita sendiri.
“Allah tahu niat dan kerisauan kita ditujukan kepada siapa. Selebihnya kita yang menyusun strategi sendiri. Saya amat memuji tindakan Kaka itu. Semoga dia terus maju jaya,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam masa sama, aktor berusia 39 tahun itu berkata dia lebih selasa untuk tidak mempertontonkan semangat solidaritinya kepada umum.
“Saya rasa, apabila saya nak buat sesuatu, saya lakukannya kerana Allah. Saya tak perlu nak menguar-uarkan. Saya buat untuk diri saya sendiri.
“Segala usaha saya dilakukan dengan seikhlas hati. Apapun, hak sebagai orang Islam tetap harus kita perjuangkan.
“Namun, terserah kepada cara masing-masing. Yang penting Allah dan diri sendiri tahu niat kita. Kita jalankan sahaja tanggungjawab kita,” akhirinya.
Sebelum ini, Zizan pernah berduet dengan Kaka menerusi lagi Bawa Aku Pergi.
Ads
Terdahulu, Zizan merupakan antara sembilan selebriti yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi juri tetap di program ini.
Antara selebriti lain yang turut terpilih termasuklah Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Michael Ang dan Angah Raja Lawak.
Sementara itu, Datuk AC Mizal pula kekal diposisinya selaku pengacara.
Seramai 14 maskot yang bertemakan flora, fauna dan makanan tempatan bakal bersaing merebut gelaran juara.
Menariknya, buat julung kalinya, TMSM4 bakal bersiaran secara langsung sekaligus menjadi negara kedua yang berani menyahut cabaran tersebut selepas Korea Selatan.
Program ini bakal ditayangkan bermula 17 Disember ini, pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Warna dan boleh distrim menerusi platform Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur masih berada dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan isterinya, Sarimah Suleiman, petik Harian Metro.
Sarimah bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan suaminya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Saya minta maaf tak boleh nak bercakap panjang. Abang Ibnor masih dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.
“Mohon doakan kesembuhannya dan semoga abang Ibnor cepat sedar dan beransur pulih,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama.
Dia turut mengalami demam berpanjangan selepas rawatan.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yusuf Bahrin mengulas mengenai keterbukaannya melakonkan adegan tidak berbaju menerusi salah satu babak di dalam filem The Lord Musang King yang menyaksikan dirinya mendukung watak utama menerusi nakshah berkenaan.
Menurut Yusuf, ia dilakukan sebagai memenuhi tuntutan filem tersebut namun meletakkan beberapa syarat selain turut berbincang dengan isteri, penyanyi Zizi Kirana mengenai adegan tersebut.
“Saya ambil langkah berani sebenarnya, tapi saya beritahu syarat asalkan jangan di paparkan sampai nampak bahagian pusat. Alhamdulillah tak nampak bawah pusat dan juga lutut bila ia ditayangkan. Hanya bahagian dada sahaja.
“Saya ada beritahu pada Zizi bahawa dalam skrip ada babak saya mandi dalam bilik air di dalam penjara, mesti tak pakai baju. Kalau pakai mesti nampak tak logik.
“Dia cakap okey saja cuma janganlah sampai bahagian yang tidak sepatutnya nampak. Saya janji dan syukur bila penerbit dan pengarah pun faham dengan permintaan saya,” katanya.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem The Lord Musang King di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dia bagaimanapun sudah bersedia sekiranya menerima menerima apa juga persepsi warganet mengenai hal tersebut.
“Saya sudah persiapkan diri saya untuk menerima apa apa kritikan atau pandangan orang. Saya tak cakap apa yang saya buat ini benda betul atau sebaliknya.
“Tetapi apa yang saya buat itu saya ambil langkah berani dan bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau salah betulkan saya,” katanya lagi.
Selain Yusuf, filem arahan pengarah Korea Selatan, Lee Moon Ho itu juga turut dibintangi Harissa Adlynn, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir, manakala pelakon dari Korea Selatan pula ialah Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk.
Filem The Lord Musang King menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea dan ia merupakan kolaborasi pertama filem Malaysia dan Korea Selatan.
The Lord Musang King akan menemui penonton di pawagam bermula hari ini, 21 Disember depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir berpandangan antara faktor mengapa lagu-lagu masa kini kurang penjiwaan daripada aspek lirik adalah disebabkan perubahan zaman.
Menurut M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, pemikiran mereka yang lahir di era moden ini tidak sama dengan mereka yang pernah melalui getir hidup ketika negara sedang membangun.
“Orang sekarang sudah tak fikir lagi perkara-perkara yang puitis. Cuba tanya budak-budak belasan tahun, apa yang mereka fikirkan sekarang?
“Kadang-kala tiada apa yang mereka fikirkan. Minda mereka kosong. Ini semua salah generasi saya yang kini sudah bergelar ibu bapa.
“Kita dilahirkan ketika negara sedang di dalam fasa membangun dan kebanyakkan daripada kita adalah golongan miskin.
“Kemudian, bila kehidupan kita sudah menjadi, anak-anak ini tidak melalui fasa kemiskinan. Mungkin masih ada lagi yang miskin tapi kesusahannya berbeza berbanding zaman dahulu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Untuk Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘Sifu & Aku’ baru-baru ini.
Katanya lagi, golongan muda masa kini kurang pendedahan tentang kepayahan hidup kerana segala kemudahan telah pun disediakan oleh ibu bapa.
“Jiwa mereka tidak diisi dengan keperihan, kesusahan dan penderitaan masa lalu. Ibu bapa zaman dahulu tak mahu anak mereka ketika ini berasa susah. Mereka tak ajar erti kesusahan dan terlalu menjaga anak-anak.
“Sebagai contoh, mereka tak bagi anak bermain di tepi longkang atau tempat-tempat berbahaya. Silap-silap, ayam pun mereka tak pernah jumpa. Tahu makan sahaja.
“Pada saya, pembelajaran tentang kehidupan itu tidak ada. Mereka tidak merasai pengalaman itu,” ulasnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan jolokan sifu ini turut berpandangan segelintir anak muda masa kini kurang minat untuk mendalami ilmu sastera.
“Konsentrasi kita hanya terletak kepada pembangunan materi. Kalau kita tanya kepada golongan muda ini, adakah mereka berminat dengan sastra?
“Kalau boleh tak nak pandang pun pendidikan sastera itu. Mereka tak faham mengapa perlunya pendidikan sastera dan penguasaan bahasa ini.
“Jadi, kita tak dapat nak hasilkan artis-artis yang mampu mencipta lirik-lirik yang puitis. Maksudnya, ini semua salah mereka di zaman saya.
“Kita tak nak anak kita lalui apa yang kita lalui. Kita minta mereka belajar tinggi-tinggi. Pendedahan mereka juga kita kawal. Jadi, mereka tidak boleh berkarya. Tiada apa yang mereka nak perjuangkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram M. Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...