Nampaknya video yang memaparkan sebuah bukit yang dipenuhi dengan api yang marak hangat diperkatakan di media sosial.

Berita ini menjadi viral sejak ia dimuat naik beberapa hari yang lalu. Apa yang kami katakan kebakaran tersebut sangat dasyat dan menakutkan.

Ia terjadi di Los Angeles, Amerika Syarikat disebabkan kebakaran hutan besar-besaran.

Apa yang lebih teruk, ramai individu kehilangan tempat tinggal dan terpaksa keluar dari rumah sehelai sepinggang demi menyelamatkan nyawa masing-masing.

Jangan kata orang awam, beberapa selebriti juga turut mengalami nasib yang sama.

Contoh seperti Paris Hilton, Lea Michele dan Lionel Richie.

Melalui sebuah posting di Twitter, Paris berkongsi video situasi di sana dan berterima kasih pada anggota bomba kerana bergadai nyawa untuk membantu mereka.

Malah, pelakon yang popular melalui drama bersiri Glee turut berkongsi rasa syukur kerana di kelilingi dengan rakan yang baik hati sanggup memberi perlindungan padanya.

IKLAN

Lebih menyayat hati apabila Lionel Richie terpaksa membatalkan semua jadualnya dan persembahannya malam itu demi membantu ahli keluarganya.

MH tak boleh bayangkan jika perkara seperti ini berlaku pada kita sendiri. Memang menakutkan! Bayangkan seluruh bandar bertukar menjadi oren!

Nah ini dia beberapa gambar situasi di sana.

IKLAN

Langit LA Bertukar Jingga, Beberapa Selebriti Hollywood Hilang Tempat Tinggal

Sumber Gambar: Media Antarabangsa & Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI