Lancar Saluran YouTube, Ben Amir Terkejut Peminat Hadiahkan Iphone 11 – “Tak Terkata Dari Semalam!”

Share

Pelakon Ben Amir meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada kelab peminatnya.

Baru sahaja melancarkan saluran YouTube sendiri, bintang drama bersiri Sweet Dreams itu turur menerima hadiah berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada para peminat setia.

“Nak launch Youtube Channel tapi dapat iPhone pulak. You guys memang awesome ! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it!

“No words, speechless dari semalam. Don’t forget to subscribe my YouTube Channel for more updates,” kongsinya menerusi satu posting terkini di Instagram.

Malah, aktor berusia 30 tahun ini juga berjanji untuk mengemas kini saluran YouTube miliknya dengan pelbagai pengisian, termasuk soal perkembangan seninya.

“I will post more about my activities, passions, behind the scenes of upcoming drama/films and many more. Stay tuned !,” tulisnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Amir kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama bersiri, Sang Pewaris bersama rakan pelakon, Amyra Rosli.

Video: Instagram Ben Amir

IKLAN