Bencana tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia pada 22 Disember tahun lalu menjadi antara memori duka yang paling diingati, yang sekali gus mengakibatkan banyak kemusnahan selain kehilangan nyawa.
Malah badai berkenaan turut menjadi memori pahit buat anggota band muzik Indonesia, Seventeen apabila kesemua anggota mereka menjadi mangsa tsunami dan hanya vokalisnya, Ifan sahaja yang terselamat.
Lebih pilu, Ifan turut kehilangan isteri tersayang, Dylan Sahara dalam bencana alam berkenaan. Terdahulu, Seventeen berada di sekitar persisiran pantai Selat Sunda selepas diundang untuk membuat persembahan sebelum ombak tsunami membadai.
Genap setahun peristiwa hitam berkenaan, Ifan menerusi Instagram memaklumkan perihal kisah tragis itu akan diterjemahkan menerusi naskhah filem dan dijadual menemui penonton tahun hadapan.
“Pada hari ini 22 Desember 2019 tepat setahun peristiwa Tsunami Tanjung Lesung, teaser kedua film ‘KEMARIN’ dirilis. Rencananya film KEMARIN akan segera tayang di 2020 mendatang. Kendala mundur tayang dialami karena berbagai pertimbangan dan tim ingin memberikan hasil terbaik.
“Kini film ‘Kemarin’ sedang dalam tahap post production dan menunggu jadwal tayang dari jaringan bioskop nasional. Dear friend, family & college.. doa kami selalu bersama kalian. Al Fatihah,” tulisnya sambil disusuli dengan kredit.
Entri sama turut memuatkan teaser pendek filem Kemarin yang didedikasikan buat insan tersayang yang sudah pergi sejurus badai tsunami.
Terkini, Ifan turut menzahirkan dedikasi bersempena dengan hari jadi arwah isterinya menerusi platform sama. Dylan telah pergi buat selamanya sehari sebelum sambutan ulang tahun kelahiran.
“Happy Birthday sayang @dylan_sahara. This was our first dinner on your birthday (slide 1)
Walaupun terlalu singkat, tapi aku merasa sangat beruntung bisa merasakan dicintai dan mencintai kamu sebagai kekasih maupun seorang suami.
“Begitu pun dengan banyaknya tempat yang telah kita datangi, begitu juga masalah selalu datang dan pergi memberikan cobaan buat kita.
“Tapi aku tau aku selalu bersama orang yang tepat, because you always said that as long as we always stand up side by side, there’s no problem could tear us apart. Selamat ulang tahun sayang,” titip Ifan.
Vokalis itu pada masa sama turut berdoa agar mereka akan dipertemukan di syurga.
“Kamu yang sudah semakin dewasa, dari gadis belasan tahun sampai menjadi seorang istri yang penuh rasa tanggungjawab. Wanita yang sedikitpun tidak pernah punya rasa lelah untuk memperjuangkan apa yang menjadi mimpi kita berdua.
“Malam ini malam kedua ulang tahun kamu kita ga dinner berdua. Tapi InsyaAllah kita akan dinner romantis lagi nanti di surganya Allah sayang ya, for ever. Happy birthday Dylan, happy birthday sayang. Al fatihah,” tulisnya panjang lebar.
Cemerlang dalam pasukan gimnastik artistik wanita negara di Sukan SEA Manila 2019 Isnin lalu yang diwakili ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh berjaya meraih pingat emas dan gangsa dalam acara ‘all-round’.
Persembahan bertenaga mereka menerima sorakan kuat dari penonton di Rizal Memorial Coliseum selepas berjaya mengungguli keseluruhan dengan mengumpulkan 48.05 mata selepas tamat keempat-empat rutin.
Sekali gus, mengharumkan nama Malaysia dengan kejayaan mereka.
Bangga dengan kejayaan yang diperoleh, netizen dan selebriti telah menitip ucapan tahniah buat atlet gimnastik negara; antaranya Nur Fazura, Ramona Zamzam, Daphne Iking, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Farah,25, sebelum ini telah pun berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, memulakan persembahan dengan 12.55 mata pada melombol dan 12.45 mata untuk palang bertingkat, namun sedikit gugup di batang titian dan hanya mengutip 9.550 mata.
Untuk rekod, Farah pernah memenangi emas dalam acara berpasukan dan senaman lantai di Sukan SEA Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.
Foto/Sumber : Instagram Farah Ann, Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.