“Lama Simpan Rahsia, Esok Umum,” – Tiada Angin Tiada Ribut, Video Elizabeth Tan Pakai Gaun Pengantin Buat Ramai Berteka-Teki

Share

Tiada angin, tiada ribut, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan ada memuat naik video terbaru menerusi laman Instagram miliknya.

Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy anggun mengenakan gaun berwarna putih sambil memakai vail di bahagian kepalanya.

Entri berkenaan jelas mengundang persoalan sama ada penyanyi lagu Semua Sudah itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun tidak kurang yang membuat andaian bintang cantik ini bakal mengeluarkan single baru yang akan diumumkan hari ini.

Jelas Lizzy pada ruangan kapsyen, dia sebenarnya sudah lama menyimpan rahsia tersebut dan menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi bersama peminat.

“Dah lama simpan rahsia ni. Besok (hari ini) Lizzy akan announce okay,” tulisnya ringkas.

Menerusi video tersebut, kelihat juga sosok tubuh seorang lelaki yang menjadi tanda tanya ramai

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut tidak sabar menantikan apakah pengumuman yang bakal dibuat Lizzy.

Malah tidak kurang yang turut meninggalkan respon seolah-olah ‘kecewa’ dengan entri yang sudah mendapat lebih 300,000 tontonan itu. 

Foto: Instagram Elizabeth Tan

IKLAN