Pelakon Bell Ngasri tidak mempunyai jawapan khusus mengenai sampai bila dia mahu meneruskan fenomena Barkoba yang dibawa memandangkan ia masih lagi menjadi sorotan peminat.
Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, dia terbuka dengan reaksi pelbagai peminat namun fokusnya kini hanya mahu memberikan yang terbaik terhadap segala karya yang diamanahkan.
“Bagi saya selagi orang mahu, suka dengan Barkoba atau ada yang masih suka tengok cerita lawak komedi yang saya lakonkan… Insya-Allah saya akan teruskan dengan karektor ini selagi mereka mahu sampailah diaorang menyampah.
“Kalau orang pun dah tak nak tengok nanti, setakat itu sajalah kot. Saya cubalah pula benda lain. Namun alhamdulillah, setakat ini masih lagi ada yang suka. Saya masih lagi dapat teruskan kerjaya dalam lakonan.
“Selagi apa yang dimahukan, saya cuba realisasikan dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Pelancaran Wangian Sky & Karnival Kedah Best 2023.
Majlis sama turut memperkenalkan penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 itu sebagai wajah wakilan wangian berkenaan.
Ads
Fenomena Barkoba dicetuskan Bell menerusi telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa yang dilakonkannya.
Sementara itu, Bell turut bersyukur atas rezeki bersempena dengan pelancaran wangian sendiri yang dikeluarkan secara eksklusif menerusi kolaborasi bersama Iconic Sky Entertainment.
Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.
Ads
Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai duta produk untuk wangian Sky bagi Bell Edition bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.
“Ini merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan ia dijual di platform online yang Iconic Sky Entertainment sediakan.
“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan, seterusnya memikat hati orang ramai. Kami percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas,” kata Danial.
Ads
Dalam pada itu, Danial turut mengumumkan acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky secara meluas.
“Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember ini.
“Bell sendiri akan turun padang bagi memeriahkan acara. Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut dirancang seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta jualan makanan.
“Menariknya, pengunjung boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski ada yang gembira tak kurang yang terus berkata tidak baik terhadap pelakon, Intan Najuwa yang baru sahaja bergelar tunangan orang baru-baru ini.
Kisahnya, bintang kecil molek itu mendapat kritikan hingga ada yang labelnya ‘pisau cukur’ oleh netizen gara-gara bertunang dengan seorang usahawan.
Lalu menerusi posting di Instagram Intan yang berkongsi gambar mesra bersama pelakon, Idris Khan menerusi gandingan dalam drama Tuan Danial pula, netizen pantas memberikan reaksi.
Foto berkenaan merakamkan Idris mengangkat dari belakang pelakon wanita itu.
Pelakon yang sinonim menerusi siri Comel arahan Aziz M Osman pada 2007, Chomell Fana berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil enam bulan.
Chomell Fana atau nama sebenarnya, Noorhanis Farhana Shaharuddin, 36, berkata, ia merupakan kandungan pertama selepas berkahwin dengan seorang penceramah bebas, tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya jumpa suami dalam majlis agama. Dia bagi kebenaran berlakon dengan syarat saya jaga diri. Dia ambil berat penampilan saya dan beri ruang kepada saya agar perlahan-lahan berubah,” katanya.
Chomell Fana kini sedang menghabiskan baki penggambaran drama Chinta Arjuna arahan Suhaimi Lua sebelum berehat sebagai persiapan melahirkan cahaya mata.
Dia juga mengakui, sebelum ini turut mempunyai seorang anak angkat, Razzyn Mikhail yang kini berusia tujuh tahun.
Ditanya mengenai dirinya yang lama tidak aktif dslam seni, Chomell Fana tidak menafikan dia pernah berhadapan masalah kemurungan akibat disihir seseorang.
Menurutnya, pelbagai gangguan dialami seterusnya membuatkan dia seolah-olah berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai berlakon dan menyanyi.
“Bukan saya tak nak berlakon, tetapi ada saja halangan ditempuhi masa nak masuk set penggambaran.
“Ketika dalam perjalanan pergi set, saya kemalangan, tak jumpa set dan macam-macam lagi kejadian lain terjadi,” ceritanya.
Bintang ini bagaimanapun menjelaskan, dia kini kembali aktif dua tahun lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setakat ini sudah membintangi enam buah drama serta telefilem.
Penghibur, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menafikan dia sudah bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran dan kritikan selepas mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam industri seni.
Memulakan kerjaya nyanyian sepenuhnya pada usia belasan tahun, Siti yang mesra disapa Tok Ti menjawab perkara tersebut selepas ditanya Ustazah Asma’ Harin apakah amalam atau tip yang digunakan setiap kali menghadapi ujian.
“Apa yang saya pegang daripada dulu bila jadi anak seni kan ustazah, kita secara tak langsung ‘membenarkan’, dedahkan diri kita ni dengan macam-macam dugaan dan cabaran.
“Masa itu, saya sudah bersedia. Dalam erti kata ketika umur 16, 17 tahun bersedia dalam umur macam tulah. Ada masa kita rasa sedih, ada masa rasa down sangat. Ada masa kita pun menangis.
“Memang saya akuilah sepanjang jadi artis ada masa saya give up ustazah. Rasa macam dah la taknak dah menyanyi. Tapi saya fikirkan balik, muhasabah diri sebab ini adalah perjalanan yang saya pilih,” katanya.
Perkongsian tersebut dibuat Siti menerusi sesi live dan kemudiannya dikongsikan kembali di platform TikTok.
Siti juga optimis untuk menggunakan pengaruhnya ke arah kebaikan.
“Nawaitu saya lebih daripada menjadi seorang anak senilah. Dalam masa yang sama, saya rasa plaform sebagai anak seni atau menjadi orang dikenali ni banyak benda kebaikan yang kita boleh buat.
“Sebab itu saya tidak mahu hanya menyanyi sajalah. Kalau boleh dekat dengan masyarakat. Allah bagi saya rezeki berjumpa dengan ramai orang tak kira latar belakang.
“Jadi bila ada dugaan itu, apa yang saya lakukan adalah bertanya dengan diri sendiri semula. Saya kena jadi orang yang sabar. Bila datang fitnah tu, kita tak buat pun orang kata kita buat,” katanya lagi.
Siti pada masa sama akui ada masanya dia berdoa dan mengadu kepadaNya setiap kali wujud perasaan ‘down’ di dalam diri.
Ikuti perkongsian panjangnya di sini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...