Laksana Permintaan Isteri, Fazley Yaakob Tampil Dengan Imej ‘Clean Shaved’

Share

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini tampil dengan gaya terbaru, ‘clean shaved’.

Tampil ‘polos’ tanpa kumis, ia dilakukan bagi memenuhi permintaan isteri tersayang, Azrene Soraya.

“Finally saya shave off semua! Hahaha.. Adik Sayang @azrene_ahmad dah bertahun2 minta saya clean shaved.

“So hari ni saya buat! Hahahaha rasa pelik laa.. help! What do u guys think??,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Fazley tampil dengan imej berkumis dan sedikit janggut, namun penampilannya kali ini menjadikan dirinya tampak muda.

Sehingga kini, video berdurasi 18 saat itu telah mendapat 30,000 tontonan.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

IKLAN