“Lajunya Korang Whatsapp, Meletoplah Telefon Ni Kang,”- Lagu Baru Cecah 1 Juta Tontonan, Nabila Razali Tunai Janji ‘Share’ Nombor Telefon Peribadi

Share

Penyanyi, Nabila Razali ada berjanji kepada para peminatnya bahawa dia akan memberikan nombor telefon peribadinya sekiranya lagu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan di laman Youtube.

Kurang 24 jam daripada pengumuman tersebut, akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini itu telah pun mencapai angka berkenaan tidak sampai tiga hari ia dimuat naik.

Oleh itu, Nabila telah pun mengotakan janjinya dengan memuat naik nombor telefonnya itu di laman Instagram.

“019-4672006.

“As promised,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, Nabila memuat naik pula sebuah video mendedahkan bahawa telefon bimbitnya ketika ini tidak henti-henti menerima mesej pesanan di aplikasi Whatsapp.

“Lajunya korang Whatsapp. Meletoplah telefon Bella ni kang.

“Phone Bella dah hang.

“Matilahh nakk,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Nabila melayan karenah peminat selain turut menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian luar biasa lagu tersebut.


Sumber: Instagram Nabila Razali

IKLAN