“Lain Kali Jangan Buka Tudung,” – Wany Hasrita ‘Buka Tudung’? Ini Kata Sharifah Sakinah

Share

Keliru dengan penampilan ‘Wany Hasrita’ sewaktu menjadi penyampai berita bagi segmen Komuniti Awani, netizen ada yang  ‘menyindir’ imej terkini penyanyi tersebut.

Semuanya gara-gara ada sedikit kekeliruan pada nama penyampai berita yang tertera nama ‘Wany Hasrita’.

Sedangkan, selebriti yang menjadi penyampai ialah pelakon, Sharifah Sakinah.

Malah, Sharifah Sakinah turut memberikan reaksi gurauan, menyatakan agar penyanyi lagu Terlalu Memuja itu agar tidak membuka tudung.

Sementara itu, Wany juga dilihat meminta maaf kepada Sakinah atas kesilapan nama penyampai yang tertera.

Terhibur dengan entri Sakinah di laman Instagram itu, para peminat dilihat turut meninggalkan komen lucu.

Foto : Instagram Sharifah Sakinah

IKLAN