Lain Dari Lain, Warna Cat Vellfire Memey Suhaiza & Abby Abadi Memang Cantik! – “Kan Kembar, Semua Sama Kecuali Nombor Plate Je Beza.”

Share

Pelakon Memey Suhaiza menyatakan rasa teruja apabila kenderaan milik keluarganya dan Abby Abadi yang sudah berwajah baharu sudah pun tiba.

Lebih menarik, kereta jenis pelbagai guna model Toyota Vellfire mereka turut diubah usia warna sedondon dalam rona rose gold matte.

Perkara tersebut dikongsikan Memey menerusi salah satu entri di Instagram bersama paparan foto serta sebuah video pendek.

Dalam kapsyen seloroh, Memey memberitahu dia dan Abby merupakan kembar, jadi semua keadan kereta hampir sama kecuali nombor plat sahaja.

“Yang ditunggu akhir nya sampai. Siapa yg teka warna ni? Cepat ngaku. Cantik tak warna ni.

“Mama mummy kan kembar Abby Abadi. Semua sama kecuali no plate jer beza haha. Alhamdulillah berbaloi tunggu, happy me.

“Tq @riza.r124autoart,” tulis isteri kepada pelakon Norman Hakim ini sambil memberikan kredit.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang ramai yang memuji warna kereta terbaharu kedua-dua selebriti ini yang kelihatan berbeza daripada lain.

Foto: Berita Harian, Instagram Memey Suhaiza

IKLAN