Lain Dari Lain… Pakai Maskot T-Rex Demi Hiburkan Ardy Wira, Lihatlah Apa Reaksi Anak Betty Rahmad

Share

Pelbagai cara yang dilakukan para ibu bagi menghiburkan anak-anak. 

Namun, lain pula dengan cara pelakon, Betty Rahmad apabila tampil berbeza dengan memakai maskot T-Rex dan menghiburkan anaknya, Ardy Wira.

Perkara itu dirakam suaminya, Ardy Damis melihat gelagat Betty menceriakan anak mereka yang kini beusia 13 bulan. 

“Hello mummy & daddy dinosaur,” tulisnya sambil disertakan video di IGTV miliknya.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Betty kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghiburkan permata hati sulungnya itu.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 tontonan. 

Terdahulu, Betty dan Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia satu tahun. 

 Foto : Instagram Betty Rahmad

IKLAN