Meskipun sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi aktif di media sosial selepas menerima kecaman hebat daripada netizen, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat kembali muncul di media sosial seterusnya melancarkan single terbarunya, Baby Sayang yang turut menampilkan Baby Shima.
Malah, Aliff turut memuat naik muzik video tersebut sekitar jam 12 tengah hari tadi di saluran Youtube, TV Terlajak Laris.
Seperti biasa, apa sahaja yang dikongsikan oleh Aliff pasti mendapat perhatian daripada kalangan warganet.
Terbaru, menerusi sebuah hantaran di Instagram, anak kepada usahawan terkenal Rozita Ibrahim ini memuat naik poster lagu tersebut dan bertanyakan mengenai pendapat orang ramai tentang buah tangan terbarunya itu.
Ada di antara netizen berpandangan lagu tersebut kurang sedap untuk didengar dan ada juga yang mahu memboikot serta melaporkan mengenai video tersebut.
“Kesian video sendu. Bagus rakyat Malaysia. Teruskan untuk jangan click.
“View tak banyak macam dijangka pon. Sebab orang malas dah nak layan dia punya kontroversi buat-buat nangis bagai,” itu antara komen-komen netizen di Instagram.
Malah, ada juga yang beranggapan lagu Baby Sayang ini tidak mendapat perhatian meluas seperti lagu-lagunya yang terdahulu.
Ads
Bagaimanapun, ketika ramai yang memberikan komen-komen negatif, masih terdapat juga segelintir pihak yang merasakan lagu Baby Sayang sangat ‘catchy’ dan dan boleh menghadirkan mood ceria.
“Apa-apa lagu dari datuk ni sedap je boleh buat hilang bosan.
“Mantap la Datuk. All the best.
Ads
“Saya dah tengok dah Datuk. Okay la, catchy lagunya. Mesej dia ringan je, tak heavy pun lagunya. Ok ok la.
“Okay best boleh layan lagi,” antara netizen yang memberikan komen-komen negatif.
Baby Sayang merupakan sebuah lagu hasil ciptaan komposer terkenal, Amy UKs.
Terdahulu, setakat jam 4 petang, muzik video lagu Baby Sayang telah pun meraih lebih 45,000 jumlah tontonan di Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kirana memberikan reaksi selepas ditanya mengenai segelintir selebriti yang memilih untuk kembali membuka hijab sehingga mendapat reaksi pelbagai khasnya di media sosial.
Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil bagaimanapun tidak boleh memberikan komen panjang lebar selain meminta semua mendoakan yang terbaik.
“Saya rasa kasihan kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Kita tak tahu apakah dugaan yang dilalui sampai ada yang terpaksa buat keputusan sedemikian.
“Saya percaya, ia pasti satu keputusan yang berat. Tapi itulah saya nak komen lebih-lebih pun, tak pasti kalaulah ia juga terjadi kepada diri-sendiri, bagaimana nanti? Jadi lebih baik untuk kita mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana dia mencari kekuatan untuk kekal istiqamah selepas tampil berhijab, penyanyi lagu Pijak ini akui perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah.
“Sebenarnya nak istiqamah itu yang paling susah untuk dilakukan. Sebab itu saya ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung ia dibuat secara perlahan-lahan. Bukan secara drastik.
“Misalnya saya pakai dulu ketika di bulan Ramadan. Kiranya saya praktis supaya ia tidak terlalu mengejut untuk diri sendiri.
“Macam sekarang apa-apa persalinan yang akan saya pakai pun, akan tengok dulu sama ada ia bersesuaian atau sebaliknya.
“Dari segi kerjaya pun sama. Bila buat persembahan kena tengok penampilan. Banyak benda yang perlu diambil kira. Berbeza berbanding dulu,” katanya lagi.
Zizi pada masa sama tidak meletakkan pujian ramai terhadap penampilan yang sopan menjadi asbab utama mengenakan tudung.
“Saya tidak pernah terdetik pun rasa rindu (penampilan lama). Saya nekad, memang terus berdoa untuk kekal penampilan sekarang. Cuma bagi saya jangan sebab kita nak berhijrah kerana orang lain.
“Jangan sesekali bila orang puji ‘cantiklah pakai tudung’ terus rasa nak bertudung semata-mata terima pujian. Jangan begitu. Lebih baik ambil ia sebagai semangat. Ambilnya daripada sisi yang baik untuk bawa kita hijrah atau berubah.
“Selepas itu ikutlah momentum sendiri. Terpulang juga kepada diri masing-masing. Kalau saya sendiri, buat secara perlahan-lahan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.
Abang sulung, Uyaina, Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti berbasikal pada malam Khamis lalu.
“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat.
“Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat… kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.
“Serangan jantung bukan lagi penyakit untuk orang berusia,” kata Uyaina.
Dalam video itu juga, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.
“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat.Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.
“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan.
“Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ana Raffali menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berita gembira itu dimaklumkan Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali menerusi Instagram.
Menerusi posting sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu turut berkongsi swafotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.