Baru-baru ini, penyanyi, Ernie Zakri muncul dengan ‘single’ terbaru bertajuk ‘Misteri’.

Namun yang menjadi satu misteri apabila muzik video (MV) lagu tersebut yang dimuat naik di laman Youtube hilang seketika membuatkan ramai peminat tertanya-tanya ke mana hilangnya MV tersebut.

Lagu Misteri Hilang Di Youtube? Ernie Zakri Ada Alasan Tersendiri

Tidak mahu menimbulkan kegusaran di hati peminat, Ernie memuat naik kenyataan menjelaskan mengenai misteri kehilangan MV tersebut.

“Assalamualaikum semua, bagi pihak saya dan FMC, saya ingin meminta maaf di atas pengalaman tidak memuaskan mengenai audio ‘Misteri’.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesalahan ini dan terima kasih kepada peminat yang memberikan komen terhadap perkara ini.

“MV terbaru dengan audio yang lebih memuaskan akan dimuat naik di Channel Youtube FMC. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk masa akan datang. Terima kasih dan maaf sekali lagi,” tulisnya di Instagram.

?

A post shared by Misteri (@erniezakri) on

IKLAN

MH difahamkan, semasa MV pertama ditarik balik, video tersebut sudah mendapat lebih 10 ribu tontonan dalam masa yang singkat.

Kini dengan MV yang sudah diperbaiki audionya, tontonan kini mencecah hampir 60 ribu. Rata-rata peminat memberikan komen berpuas hati dengan lagu tersebut dan tidak sabar untuk mendengarnya di corong radio.

Lagu Misteri Hilang Di Youtube? Ernie Zakri Ada Alasan Tersendiri

IKLAN

Lagu Misteri Hilang Di Youtube? Ernie Zakri Ada Alasan Tersendiri

Lagu Misteri Hilang Di Youtube? Ernie Zakri Ada Alasan Tersendiri

IKLAN

Dalam pada itu, ada juga peminat yang mengatakan bahawa vokal Ernie yang sememangnya sudah mantap itu membuatkan kesilapan teknikal tidak kedengaran di dalam MV pertama itu.

Lagu Misteri Hilang Di Youtube? Ernie Zakri Ada Alasan Tersendiri Lagu Misteri Hilang Di Youtube? Ernie Zakri Ada Alasan Tersendiri

Pada MH, sememangnya sedap lagu ‘Misteri’ oleh Ernie, MH percaya bahawa lagu tersebut boleh pergi jauh!

sumber: IG Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI