Selepas lagu single Gatal mendapat sambutan hangat daripada peminat, penyanyi Janna Nick bakal melancarkan lagu single berkenaan dalam versi Hari Raya, Jumaat ini.
Meski belum dilancarkan secara rasmi di platform digital, lagu istimewa itu telah pun mula dimainkan di corong radio tanah air, sejak semalam.
Pada masa sama, Janna turut berkongsi video ‘teaser’ lagu berjudul Gatal Raya itu di Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memberikan komen positif terhadap lagu single terbaharu bintang berusia 27 tahun itu.
Pelakon Nadhir Nasar mendedahkan dia ada menerima mesej peribadi daripada penonton yang geram terhadap watak Erfhan yang dibawaknya di dalam drama rantaian, Nusyuz Berkiblat Cinta yang kini rancak bersiaran.
Nadhir,26, atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar menambah, dia menantikan reaksi bagi episod seterusnya daripada pencinta drama tempatan.
“Tak dinafikan, memang ramai sakit hati dengan watak Erfhan ini. Saya terima banyak ‘direct massage’ daripada penonton yang mengatakan mereka tak puas hati dan marah selepas menonton watak saya di episod pertama.
“Yang menjadi kerisauan di hati saya ialah reaksi mereka pada episod-episod seterusnya kerana akan ada babak yang lebih ekstrem selepas ini.
“Pucuk pangkalnya, tanggungjawab saya hanyalah ingin menyampaikan mesej melalui watak yang saya lakonkan. Ini perkara yang saya suka bila menjadi seorang pelakon,” katanya.
Juara Hero Remaja 2020 ini menambah, dia terbuka dah menerima setiap komen dari peminat susulan penglibatannya di dalam drama berkenaan.
“Sejak pertama kali saya diberikan skrip, saya tahu diri saya akan dibenci. Tapi saya tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon walaupun menjadi orang yang akan dibenci.
“Jadi, saya dah bersedia. Memang niat saya untuk buatkan penonton tak senang duduk dan sakit hati,”katanya lagi.
Terdahulu, drama Nusyuz Berkiblat Cinta bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9 hingga 11 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand mengejutkan ramai selepas mengumumkan persaraannya daripada industri seni tanah air.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram pagi tadi.
Menurut Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, dia tidak akan melibatkan dirinya dalam apa jua bidang membabitkan industri seni selepas ini.
“Saya rasa ini merupakan cara yang terbaik untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa saya sudah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia.
“Saya tidak lagi akan menerima sebarang tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara TV.
“Saya memang ada menerima beberapa tawaran daripada pelbagai rumah produksi tetapi saya mintak maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas. Saya sudah berhenti,” katanya.
Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Sarah turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama inj
Katanya lagi, dia juga tidak mungkin dapat melupakan segala kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar anak seni.
“Viralkan video ini supaya lebih ramai orang tahu. Selamat tinggal semua. Terima kasih kerana menerima saya sepanjang lebih satu dekad penglibatan saya di dalam industri seni ini.
“Terima kasih untuk segala kenangan pahit dan manis. Saya akan sentiasa kenang setiap memori dan pengalaman yang telah saya lalui.
“Ia sememangnya mematangkan saya sebagai seorang manusia dan juga penggiat seni. Kita jumpa lagi diwaktu dan ketika yang lain,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan ucapan semoga Sarah akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.
“Kami kami merindui untuk melihat awak di kaca tv. Semoga berjaya dalam apa jua yang awak lakukan.
“Walau apa jua sebabnya, saya mendoakan yang terbaik untuk kehidupan awak. Semoga awak terus berjaya di luar sana.
“Kami akan merindui awak Sarah. Selamat maju saya. Salam sayang dari Singapura.
“Semoga terus maju ke hadapan. Saya sentiasa doakan untuk awak.
“Selamat bersara Sarah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, sepanjang bergelar anak seni, Sarah telah membintangi pelbagai drama-drama tempatan seperti Rindu Awak 200%, Suami Tanpa Cinta, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kumpulan Projector Band telah memaklumkan vokalis Iskandar Dzulqarnain secara rasminya tidak lagi bersama kumpulan yang popular dengan lagu Sudah Ku Tahu itu.
Segala persoalan peminat kini terjawab selepas khabar berita itu dikongsikan bersama peminat menerusi akaun Instagram rasmi Projector Band, hari ini.
“Projectorband tidak lagi bersama vokalist yang dulu, kami mash ada, tak hilang kemana pun,” tulisnya.
Serentak dengan itu, Projector Band memberitahu bahawa mereka bakal melancarkan lagu single terbaru bersama vokalis baharu, dalam tahun ini.
Pada masa sama, kumpulan penyanyi yang dianggotai empat jejaka tampan ini berharap penjelasan ini menjawab segala persoalan peminat.
“dalam tahun ini kami akan release single terbaru BERSAMA vokalist baru kami So harap ini dapat menjawab pertayaan anda semua. Tq,” tulisnya.
Imbas kembali, Projector Band mula ditubuhkan sekitar tahun 2011 dan dikenali ramai menerusi beberapa judul lagu antaranya Sudah Ku Tahu, Aisyah dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Projector Band
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...