Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana kini tampil dengan lagu duet bersama vokalis New Boyz, Tomok menerusi lagu Memori Mungkin Berulang.

Istimewanya, kolaborasi ini adalah yang pertama Siti Nordiana atau Nana dengan Tomok selepas 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni nyanyian.

Memori Mungkin Berulang adalah hasil ciptaan sepenuhnya Nana dan Tomok yang sekaligus sinonim dengan lagu hits mereka iaitu Sejarah Mungkin Berulang dan Memori Berkasih.

Idea asal lagu ini tercetus selepas mereka berbual secara tidak sengaja dalam satu persembahan pentas.

Malah, single berkenaan masih mengekalkan ritma dan irama 90an untuk mengembalikan zaman kegemilangan dunia muzik ketika itu.

IKLAN

Malah menerusi muzik video pula, suasana 90an turut dikekalkan bertujuan untuk mengembalikan memori silam pendengar yang tidak henti-henti menyokong karier mereka di usia remaja hingga saat ini.

Muzik video telah diarahkan oleh pengarah drama, Hadith Omar yang pernah mengarahkan beberapa drama popular lakonan Siti Nordiana seperti Dia Semanis Honey yang hanya mengambil masa selama dua hari iaitu bertempat di sekitar Bandaraya Melaka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi baik terhadap muzik video yang sudah pun dimuat naik menerusi platform YouTube sejak tiga hari lalu.

IKLAN

“Lagu Baru Tapi Vibe Macam 1994, Sungguh Nostalgia,” – Siti Nordiana Duet Dengan Tomok Selepas 25 Tahun! “Lagu Baru Tapi Vibe Macam 1994, Sungguh Nostalgia,” – Siti Nordiana Duet Dengan Tomok Selepas 25 Tahun!

“Memori Berkasih 2003 + Sejarah Mungkin Berulang 1999 = Memori Mungkin Berulang 2024.”

“Lagu baru di zaman 2024 tapi vibenya macam 1994, sungguh nostalgia.”

IKLAN

Rasa sedih tengok MV ni, terus teringat zaman Achik Nana. This time kita semua naikkan dorang, dan Tomok menjadi pengganti arwah Achik.”

“Lagu yang macam ni kami dahagakan, bukan lagu menjerit nampak anak tekak. Oh lupa diriku terlampau leman, akan ulang-ulang dengar lagu ni. Best ya amat Nana dan Tomok, tahniah.”

Sehingga kini, muzik video yang turut sebaris sebagai antara 10 muzik video trending di YouTube sudah pun ditonton hampir 200,000 kali.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI