Selepas setahun sukses mempertaruhkan single Terus Mencintai, kini Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mengakui tidak sabar untuk melancarkan single baru, Hatiku Milikmu. Sama seperti single terdahulu, lagu barunya ini juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya bintang asal Negeri Sembilan ini.

Jelas Nana kepada MH, ia merupakan lagu ketiga yang dicipta dan katanya proses menghasilkan Hatiku Milikmu ini lebih mudah berbanding Terus Mencintai.

“Lagu Baru Tak ‘Leman’ Sangat,Tak Moden Sangat. Dia Tengah-Tengah,” – Siti Nordiana

Ads

“Lagu Terus Mencintai tu memang agak lama untuk disiapkan, memandangkan pada waktu itu, saya juga perlu banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan. Bagaimanapun, alhamdulillah ramai yang suka dengan lagu tersebut dan harapnya Hatiku Milikmu ini pun boleh mencipta impak sama.

 

“Tidak terlalu lama untuk siapkan lagu ini, dalam tiga bulan saja,” katanya ketika ditemui di sidang media kedua Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) di Timbre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas mengenai Nana yang selama ini cukup popular dengan barisan lagu ‘leman’ yang mendayu-dayu, penyanyi ini memberitahu, untuk lagu kali ini, ia sedikit berbeza berbanding Terus Mencintai.

Ads

“Lagu Baru Tak ‘Leman’ Sangat,Tak Moden Sangat. Dia Tengah-Tengah,” – Siti Nordiana

Ads

“Lagu baru tak ‘leman’ sangat, tak moden sangat. Dia berada di tengah-tengah. Apa pun, ia masih lagi mendayu-dayu cuma tak macam Terus Mencintai. Dia lain sikit,” akui Nana yang bakal melancarkan single tersebut bersama muzik video sekitar April depan.

Khabarnya, muzik video lagu tersebut dilakukan di Krabi, Thailand okay…All the best Nana!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI