Pastinya Aiman Tino dapat berbangga dengan pencapaian sendiri sebagai penyanyi muda ketika ini, meraih populariti sekelip mata sebaris artis popular lain.

Menyusun corak kerjaya agar terus berlegar di awangan seni sememangnya bukan sesuatu yang mudah terutamanya sebagai pendatang baru.

Sepertinya, satu Malaysia ketika ini sudah mengenali penyanyi muda ini, Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri berusia 19 tahun.

Sekiranya ada lagu baru, pastinya akan dapat memikat halwa telinga pendengar. Terkini, buah tangan terbaru Aiman, Ku Hanya Sayang Padamu sudah mencecah 1,677,331  juta tontonan walaupun baru sahaja dimuatnaik di You Tube 25 Ogos yang lalu.

Nampaknya ada sedikit kematangan suara dalam buah tangan terbarunya dan bukan calang-calang auranya.

IKLAN

Aiman dengan kehebatan aurat memikatnya dalam menyampaikan lagu-lagu berentak balada seperti lagu Ku Rela Dibenci juga lebih 39 juta tontonan di laman Youtube, bukan kecil-kecil anak angkanya.

Daripada kanak-kanak hingga dewasa, lagunya menjadi bualan hangat. Umpamanya, satu fenomena telah tercipta.

Suka atau benci, semua harus menerima hakikat, anak muda kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor ini digilai ramai dan pastinya mencipta sejarah tersendiri.

IKLAN

Justeru itu, tidak hairanlah tempiasnya juga terkena kepada kakaknya, Fara Hazel yang semakin diminati kerana rupa parasnya yang cantik dan turut mempunyai vokal yang hebat seperti adiknya.

Bagaimanapun, tidak ada salah jika dia menerima sedikit tempias daripada adiknya memandangkan mereka berdua adik-beradik yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

MH Online mendokan kepada keduanya agar berjaya dalam industri muzik yang diceburi.

IKLAN

Jom dengar lagu yang hangat dicorong radio kini : 

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI