Selepas satu demi satu segala cerita tentang Datuk Farid Kamil didedahkan oleh orang sekeliling. Jika beberapa hari lepas, Ridzuan Hashim memberitahu orang ramai turut menjadi mangsa tampar Farid, kali ini pengarah drama Uniknya Cinta mendedahkan satu lagu perkara pelik yang dilakukan oleh Farid.

Menurutnya, Farid pernah membawa sepucuk pistol di lokasi pengambaran!

Melalui laporan sebuah akhbar tempatan, dalam keadaan kelam kabut kerana Farid menampar Ridzuan atau lebih dikenali sebagai King, pengarah Suhaimi Lua Abdullah perasan ada pucuk pistul di pinggang pelakon tesebut.

IKLAN

Lagi, Farid Kamil Berkelakuan Aneh Ketika Di Set Pengambaran, Pengarah Buka Mulut!

Malah, Farid ketika itu kelihatan sangat tidak terurus dan berlari tanpa memakai selipar.

IKLAN

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia (Fa­rid) tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ingin mengesahkan tentang dakwaan Farid menampar salah seorang pelakonnya.

Dalam pada itu, pengarah tersebut turut memberitahu Farid telah meningking salah seorang juru kamera tapa sebab.

“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut,” jelasnya lagi.

Namun apabila jurukamera tersebut menjawab pertanyaan Farid, dia berlalu sambil menjawab hanya sekadar bergurau.

IKLAN

Apa yang lebih menghairankan, sebenarnya Farid langsung tidak ada kena mengena dengan pengambaran tersebut. Sebaliknya hanya datang kerana lokasi pengambaran itu milik sahabat baiknya, Sofi Jikan.

“Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya.

 

“Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika,” Jelasnya lagi.

SUMBER: Utusan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI