Lagi Bekas Pelakon Glee Dijumpai Mati Bunuh Diri!

Aduh macam tak percaya pula, awal pagi tadi MH menerima berita tentang kematian salah seorang bekas pelakon Glee yang terkenal dengan watak Puck.

Jika sebelum ini kita telah dikejutkan dengan kematian Finn Hudson atau nama sebenarnya Cory Monteith yang dikaitkan dengan isu dadah, kali ini Mark Salling juga mengikut jalan yang sama seperti ‘hero’ Glee musim pertama pergi secara mengejut.

Menurut laporan TMZ, melalui beberapa siasatan, pelakon tersebut telah ditemui mati seperti membunuh diri apabila mayatnya ditemui di kawasan tempat tinggalnya.

IKLAN

Walaubagaimanapun pihak berkuasa masih tidak boleh sahkan apakah punca sebenar dan bagaimana pelakon tersebut boleh terbunuh.

MH difahamkan pelakon ini sebenarnya sedang mengalami masalah kemurungan yang teruk dan pernah cuba untuk membunuh diri kerana isu jenayahnya yang miliki 50,000 gambar pornografi kanak-kanak bawah umur.

Mark berusia 35 tahun sebenarnya sedang menunggu hukuman selepas mengaku bersalah atas kesalahan pornografinya itu.

IKLAN

SUMBER: TMZ