“Kylie Jenner Badan Macam Ni Boleh Pula Korang Terima,” – Atikah Suhaime Jawab Kritikan Bila Ada Sifatkan Dirinya ‘Gemuk’

Share

Dihujani komen saiz tubuh badannya yang dikatakan semakin gempal dan berisi baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime tenang menghadapi perkara tersebut.

Bagaimanapun, Atikah dilihat ada meluahkan rasa apabila ada segelinitir yang membuat perbandingan antara dirinya dan bintang Hollywood, Kylie Jenner.

Kongsinya menerusi Insta Stories, ramai yang memuji sosok badan adik kepada Kim Kardishan itu, namun ada yang menyifatkan saiz badan Atikah sebagai ‘gemuk’.

Terdahulu, pelakon drama Tuan Danial itu telah memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan dres senteng dalam rona pastel.

Dalam ramai yang memuji, ada juga memberi komen yang kurang senang terhadap posting berkenaan.

Foto : Instagram Atikah Suhaime

IKLAN