“Kurus Salah, Berisi Salah. Apa Korang Ni,” – Nina Iskandar

Share

Pelakon jelita, Nina Iskandar ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi bintang kelahiran Brunei itu, dia telah berada di kota Singapura, beberapa hari yang lalu.

“THANK YOU SINGAPORE! Flying back to Malaysia with a smile. Alhamdulillah!,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiaan Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen berkata bintang drama bersiri Andainya Takdir itu kelihatan semakin kurus dan susut dari sebelumnya. 

Lalu,pelakon berusia 27 tahun itu dilihat ada memberi respon di ruangan komen gambar tersebut.

“Hmmm… kurus salah, berisi salah. Apo korang ni  angle je pun. Chill!,” balas Nina.

Dalam pada itu, peminat memberi nasihat kepada bintang asal Brunei untuk tidak menghiraukan kata-kata netizen yang berbaur negatif terhadap dirinya.

Untuk rekod, Nina telah dilahirkan pada 4 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan, Brunei dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Foto : Instagram Nina Iskandar

IKLAN