“Kurus, Rambut Ikal Mayang Pun Kena Cerai Juga,”- Usik Kak KM, Ini Respon Win Amyza Aznan!

Share

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM ada memuat naik video terbarunya di Instagram.

Video tersebut memaparkan aksi anak kepada pelakon Normah Damanhuri dan pelakon Amyza Aznan itu sambil melakukan gaya tersendiri.

“Tak guna kau pakai boots, badan kurus,rambut ikal mayang pun kena cerai Amyza.. Kau degil aku suh makan jamu sweet dara,” tulis anak pelakon senior, Normah Damanhuri itu.

Lalu, bila menjengah di Instagram Amyza pula, dia turut memuat naik video sama dengan kapsyen tersendiri. 

“Ustaz madi.. knp u pilih janda.. Oo mentang2 dia tauke jamu.. ehemmm. Apa kurangnya kak kaaia? ,” tulis Amyza.

Menerusi komen pula, netizen telah meninggalkan komen pelbagai terhadap reaksi kedua-dua mereka. 

Video : IG Liana,Amyza 

IKLAN