Wakil Malaysia ke pertandingan Miss International 2025, Allyson Ee, bakal mengangkat martabat seni dan budaya negara apabila mempersembahkan kostum nasional kaya identiti tempatan di pertandingan berprestij tersebut yang berlangsung di Jepun.
Busana berwarna-warni yang dinamakan ‘Kurik Kundi’ itu adalah hasil kreativiti dua pereka, Faizal Azhar dan Helmy Sharip, yang mengekalkan elemen tradisi sebagai teras utama rekaan.
Berinspirasikan busana Puteri Perak, kostum berkenaan turut diperkemas dengan perhiasan Wau yang cukup sinonim dengan kebudayaan Melayu, menjadikannya tampil lebih bermakna dan berkarakter.
Ads
Keunikan rekaan terserlah melalui penggunaan fabrik songket, batik dan pua kumbu, tiga warisan tekstil yang menjadi lambang kepelbagaian budaya Malaysia.
Ads
Setiap helaian diolah dengan teliti bagi memberi penegasan terhadap mutu seni kraftangan tempatan yang semakin mendapat perhatian di arena antarabangsa.
Bagi mengukuhkan sisi dramatik dan nilai estetika, bahagian bahu kostum tersebut dihiasi elemen bunga kebangsaann iaitu Bunga Raya dan Bunga Bunga Pakma yang tumbuh di hutan Malaysia, sekali gus menambah daya tarikan visual ketika dipersembahkan di pentas.
Ads
Dengan pengalaman serta keyakinan yang dimiliki, gandingan Allyson bersama keunikan “Kurik Kundi” dijangka memberi impak positif dan memperlihatkan kekayaan budaya dan seni Malaysia.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persoalan mengapa penyanyi Indonesia, Shae dilihat tidak menyanyikan lagu popularnya yang berjudul ‘Sayang’ di acara sidang media dan konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), baru-baru ini akhirnya terjawab.
Menurut Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, dia tidak boleh lagi membawakan lagu berkenaan sejak empat tahun lalu disebabkan isu perundangan dan hak cipta.
“Saya tahu ramai yang bertanyakan hal ini. Lagu Sayang itu memang sangat popular. Sejujurnya, saya sudah beberapa tahun tidak menyanyikan lagu itu disebabkan isu perundangan yang sudah berlanjutan agak panjang.
“Isu ini kerap kali berbangkit. Saya sudah pun berbincang mengenai situasi ini dengan pihak Astro dan peguam saya sendiri untuk mempertimbangkan segala pilihan yang ada.
“Malah, saya sudah bersedia untuk tidak dipilih kerana tak mahu program ini ‘hancur’ disebabkan saya. Ketika itu, apa yang terbaik buat Astro, itu adalah keutamaan saya.
“Namun, Astro tetap memilih untuk beri peluang kepada saya,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu pertama GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Jelas Shae lagi, situasi ini turut memberikan kesan terhadap kerjayanya sebagai penyanyi.
“Saya sangat sedih kerana tidak dapat membawakan lagu ‘Sayang’ sejak beberapa tahun yang lalu. Orang mengenali saya disebabkan lagu itu.
“‘Sayang’ juga yang menghidup kerjaya muzik saya. Bila lagu itu tak boleh nak dibawakan, ia seperti pengakhiran buat kerjaya saya,” luahnya lagi.
Dalam masa sama, Shae turut menjelaskan, isu ini tiada kena mengena dengan syarikat rakaman lamanya.
“Hubungan saya dengan syarikat rakaman sebelum ini masih lagi baik. Tak kiralah sama ada di Indonesia atau Malaysia. Sehingga kini, kami saling berhubung antara satu sama lain.
“Anggap sahajalah isu ini berlaku disebabkan ‘orang tengah’. Saya minta maaf. Kalau boleh, saya memang nak bagitahu lebih.
“Namun, peguam saya nasihatkan untuk menjaga batas bila berkongsi,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan sekiranya isu ini masih berpanjangan, Shae menyerahkan segalanya kepada aturan Tuhan.
“Saya tak tahu bagaimana keadaan masa hadapan saya nanti. Setiap artis yang menciptakan muzik dan karya seni mereka sendiri perlu menunggu momen-momen tepat untuk karya mereka diterima.
“Malah, ada yang perlu tunggu bertahun-tahun agar momen istimewa itu tiba dan lagu kita diterima ramai. Saya pun tak tahu bila isu ini akan berakhir.
“Saya hanya menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Ia bukan di bawah kawalan saya,” akhirinya.
Imbas kembali, lagu Sayang yang dilancarkan pada tahun 2012 berjaya mencipta fenomena di Indonesia dan Malaysia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sekian lama dinantikan pencinta seni, karya agung Uda dan Dara kini kembali menghiasi pentas dan kali ini dalam versi muzikal yang lebih segar, moden dan sarat emosi.
Istana Budaya mengumumkan bahawa pementasan baharu ini akan berlangsung dari 20 hingga 23 November 2025 di Playhouse Theatre, The Campus, Ampang, menjadikannya antara produksi paling dinantikan.
Teater muzikal ini merupakan adaptasi daripada naskhah Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang, sebuah karya yang sejak dahulu menjadi simbol cinta dua darjat dan perjuangan menentang ketidakadilan sosial.
Kali ini, pementasan diberi suntikan tenaga baharu tanpa menghilangkan keaslian bahasa puitis yang menjadi identiti karya tersebut.
Kolaborasi Penuh Makna Istana Budaya & Mekar Budaya
Pementasan ini direalisasikan menerusi kolaborasi antara Istana Budaya dan Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya (Mekar Budaya), sebuah NGO seni persembahan yang telah lama memperjuangkan naskhah-naskhah sastera besar tanah air.
Kerjasama ini bukan sekadar produk seni, tetapi usaha bersama memupuk minat generasi muda terhadap karya klasik tempatan.
Mekar Budaya, yang ditubuhkan pada 2002 oleh Allahyarham M. Nasri Ayob dan Dr. Marlenny Deenerwan, sudah lama sinonim dengan pementasan berkualiti dan dokumentari kesenian.
Jadi, tidak hairan apabila produksi kali ini dipandang sebagai antara adaptasi paling besar bagi Uda dan Dara dalam era moden.
Antara fokus utama pementasan ini adalah untuk mengangkat semula keindahan Bahasa Melayu puitis sejajar dengan sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan.
Selain itu, ia turut bertujuan memperkenalkan kembali karya Usman Awang kepada audiens muda yang mungkin belum sempat menelusuri naskhah asal.
Walaupun diberi wajah kontemporari, produksi ini mengekalkan roh asal Uda dan Dara. Elemen tradisional seperti muzik dan tarian Melayu tetap menjadi teras persembahan, namun digabungkan dengan gaya muzikal moden untuk menambah energi dan jiwa pada pementasan.
Pengarah Dua Generasi, Pelakon-Pelakon Hebat
Produksi ini diarahkan bersama oleh Nik Muhamad Faiszulikwan (Istana Budaya) dan Dr. Marlenny Deenerwan (Mekar Budaya), dengan Aqil Rozai bertindak sebagai Penolong Pengarah.
Barisan pelakonnya pula bukan calang-calang, antaranya Johan As’ari (Uda), Zera Hariz (Dara), Jay Iswazir, Farah Ahmad, Azwan Hassan, Sara Sulaiman dan Amerul Affendi. Kesemua mereka dipilih bagi menghidupkan kembali watak-watak ikonik dalam naskhah ini.
Kisah cinta tragis Uda dan Dara tidak pernah lapuk. Ia mengisahkan cinta dua darjat yang berdepan halangan, penindasan, dendam dan pengorbanan.
Uda, seorang pemuda kampung yang miskin, jatuh cinta terhadap Dara, gadis bangsawan yang menjadi rebutan. Konflik makin memuncak dengan campur tangan Alang Bakhil, seorang tokoh kaya dan tamak yang tidak pernah berpihak kepada golongan marhaen.
Klimaks tragisnya mengembalikan mesej besar yang cuba disampaikan Usman Awang bahawa cinta sejati, maruah dan kemanusiaan jauh lebih bernilai daripada harta, kuasa atau kedudukan sosial. Tema ini kekal relevan biarpun era berubah, menjadikan karya ini tidak pernah ketinggalan zaman.
Dari aspek teknikal, pementasan ini tampil dengan visual lebih dramatik hasil penggunaan teknologi pencahayaan moden, sistem bunyi berkualiti tinggi serta rekaan pentas yang kreatif.
Namun begitu, elemen tradisional tetap dikekalkan, khususnya melalui kostum dan set berasaskan budaya Melayu yang memberi sentuhan nostalgia kepada penonton.
Pementasan akan berlangsung selama empat hari dengan lima persembahan, termasuk tiga persembahan malam dan dua slot matinee.
Tiket dijual pada harga antara RM40 hingga RM150 melalui platform CloudJoi, dengan diskaun 15 peratus ditawarkan kepada warga emas, penjawat awam, pelajar dan golongan OKU. Tidak mustahil tiket akan habis lebih awal memandangkan sambutan terhadap karya klasik selalu menggalakkan.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian tiket, orang ramai boleh melayari portal serta media sosial rasmi Istana Budaya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hantaran terkini yang dimuat naik pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila dia berkongsi momen istimewa teman rapatnya yang dikenali sebagai Maiya kini memeluk Islam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben yang baru sahaja muncul dengan filem Legasi: Bomba The Movie pada Ogos lalu, turut menitipkan dedikasi buat wanita asal Filipina itu.
“Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah anda tidak pernah keseorangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi anda. Semoga perjalanan ini membawa anda lebih dekat kepada kedamaian, tujuan, dan diri yang sebenar,” tulisnya.
Detik penuh bermakna itu berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur dengan dihadiri insan terdekat.
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...