Kucing Kesayangan Hilang, Elfira Tak Mahu Cari Pengganti Lagi

Share

Bagi pencinta haiwan sudah pasti berasa sedih apabila haiwan peliharaan didapati hilang lalu tidak ditemui meski sudah mencari.

Pelakon, Elfira Loy misalnya ada memaklumkan kucing belaan miliknya yang diberi nama Mo telah hilang sejak minggu lalu.

“I miss you the most I hope you’re fine Mo. Im still waiting…,” tulisnya.

Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy turut terkesan memandangkan kucing kesayangannya itu masih belum ditemui sehingga kini.

Malah, pelakon berusia 26 tahun ini turut mengakui anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf mempunyai hubungan mesra bersama kucing berkenaan.

Setakat ini, Elfira juga tidak mahu fikir mengenai mahu membela kucing baru.

“Err you’re not Mo – @muhamadrayyankhalafofficial He clearly recognized his bestfriend.

“I remember you used to bully Mo, squeeze squeeze him even he gigit or cakar you, you didnt care. You will still play with Mo.

“Tapi Tyger tak cakar pun you dowwan, you push push him away. Sorry sayang Mo is not around anymore.

“And mommy dowwan to find any cats to replace Mo ( not for now ) . #Moistillmissing,” tulisnya.

Sekadar informasi, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.

Selepas itu, Elfira selamat melahirkan Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN