“Kuatkan Semangat Ye Nak,” – Masih Dirawat Susulan Komplikasi Paru-Paru, Jasmin Hamid Maklum Keadaan Terkini Menantu

Share

Pelakon, Jasmin Hamid memaklumkan menantunya, Nor Faezah Abdullah kini masih lagi dirawat di Hospital Shah Alam selepas dilaporkan mangalami komplikasi di bahagian paru-paru.

Menurut Jasmin, dia amat berterima kasih kepada seluruh pihak hospital yang telah bertungkus lumus merawat isteri kepada anak angkatnya, Lukhman Hakim itu.

“Terima Kasih pada kalian yang panjatkan doa buat menantu saya Norhafezah yang kini masih berada di hospital sebab komplikasi paru-paru.

“Terima Kasih juga pada doktor dan jururawat yang bertungkus lumus merawat menantu saya,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelako drama, Hati Tanpa Rasa itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Lantaran, dia juga berharap agar semua pihak dapat terus menitipkan doa agar menantunya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Mohon terus panjatkan doa buat menantu saya Norhafezah untuk segera sembuh dan dapat pulang ke pangkuan kami sekeluarga.

“Kuatkan semangat ya nak. Family dan kawan-kawan tak putus berdoa untuk Fiza cepat sembuh dan boleh balik rumah.
Ramai yang sayang dan mendoakan untuk Fiza,” kongsinya lagi.

Menjerke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jasmin sekeluarga.

Rabu lalu, Jasmin memaklumkan menantunya itu sedang terlantar di hospital berikutan komplikasi paru-paru yang dialaminya itu.

Sebelum ini, MH juga pernah melaporkan mengenai keadaan menantunya yang diserang penyakit sama pada Ogos lalu.

Sekadar informasi, Faezah dan Lukhman telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN